Resipi Puding Karamel Khairulaming: Guna ‘Rahsia’ Ni Confirm Tak Gagal Dah Tahun Ni!

Resipi Puding Karamel Khairulaming (square)

Tahun lepas ramai kan yang frust sebab cuba buat puding karamel tapi tak jadi? Jangan risau! Tahun ni Khairulaming dah kongsi resipi Puding Karamel baharu yang dijamin confirm menjadi dan takkan gagal.

Resipi kali ni memang sangat berbeza sebab rasanya ibarat mengahwinkan cheesecakedengan puding roti – sangat creamy, smooth, dan cukup rasa lemak manisnya. Jom tengok macam mana nak buat pencuci mulut yang perfect ni!

@khairulaming

Ini resipi Puding Karamel. Tahun lepas ramai yang gagal buat, so tahun ni kita R&D balik dengan resipi yang inshaAllah tak gagal Bestnya makan sejuk-sejuk baru keluar dari peti ais 😭

♬ original sound – Khairulaming – Khairulaming

Langkah 1: Karamel (Gula Hangus) Tanpa Sudu! Untuk buat karamel, korang cuma perlukan setengah cawan gula. Rahsia paling penting kat sini: jangan guna sudu langsung untuk kacau gula tu! Korang hanya perlu gerak-gerakkan atau pusing kiri kanan pan tu perlahan-lahan sampailah gula tu cair sepenuhnya. Tak perlu tambah air pun. Bila dah cair, terus tuang ke dalam loyang. Tapi be careful ya, karamel ni sangat panas, tak pasal-pasal melecur pula di pagi Syawal nanti.

Langkah 2: Bancuhan Puding ‘Anti-Gagal’ Untuk bancuhan puding pula, masukkan bahan-bahan ni ke dalam blender:

  • 2 keping roti (potong dan buang bahagian yang keras kat tepi)
  • 2 cawan Krimer Sejat F&N (sangat sesuai untuk buat dessert).
  • 4 biji telur
  • 1/2 cawan Krimer Manis F&N (untuk bagi rasa lemak-lemak manis yang padu).
  • 1/2 cawan cream cheese
  • 1 penutup kecil esen vanila & secubit garam
krimer-sejat-FN-icookasia
1

Krimer Sejat F&N

F&N Evaporated Creamer (Merah) 390G 

fn-krimer-manis-kalsium-icookasia.png
2

Krimer Manis F&N

Product Features

Korang mungkin tertanya-tanya, kenapa tak panggil hidangan ni cheesecake je alang-alang dah guna cream cheese? Menurut Khairulaming, ini kerana kita letak roti di dalamnya. Fungsi roti tu sebenarnya sangat penting untuk kurangkan kadar kegagalan kerana ia membantu puding kita supaya lebih senang terbentuk. Lepas dah masukkan semua bahan, blend sampai betul-betul sebati tanpa ada serdak, dan pastikan korang tapis bancuhan tu!

Langkah 3: Teknik Tuang & Kukus Bila nak tuang bancuhan puding ke dalam loyang berisi karamel tadi, jangan main tuang je! Pastikan korang alas dengan satu senduk kat bawah supaya bancuhan tu tak jatuh berdebuk macam “air terjun yang menjunam” ke dalam loyang.

Selepas tu, balut loyang rapat-rapat menggunakan aluminium foil dan kukus selama 45 minit. Take note guys: jangan guna api yang terlalu besar masa mengukus sebab nanti tekstur puding korang jadi tak cantik.

Bila dah siap kukus, biarkan puding tu cool down sekejap dan wajib simpan dalam peti sejuk selama beberapa jam sebelum sedia untuk dimakan.

Rasa telur, susu, dan lemak cream cheese dalam resipi ni memang sangat balance. Pesanan istimewa dari Khairulaming untuk korang semua: “Tolonglah buat. Dan mohon jangan gagal eh sebab ini mudah je resepi dia”. Jadi, tunggu apa lagi? Jom asah skill memasak korang dan selamat berbuka!

iCookAsia

Founded in 2008, iCookAsia is a digital food media platform that celebrates Malaysian cooking and food culture. From simple home recipes and kitchen tips to discussions on food trends and traditions, iCookAsia connects audiences with the stories behind the dishes we cook and eat every day.

Post Comment