fbpx

Resipi Puding Karamel Tanpa Menggunakan Telur, Mudah Je Nak Buat Ni

iCookAsia

Kalau dapat makan Puding Karamel pun best kan? Dijadikan sebagai dessert lagi sedap. Tapi jangan risau, bagi sesiapa yang tak makan telur, resepi ini memang untuk anda. Hidangan ini masih ada rasa yang sama dan sedap.

Jom kita try.

Terima kasih untuk Melati Desa perkongsian resipi Puding Karamel Tanpa Telur ini 🙂

Bahan-bahan:

3 sudu besar gula pasir (untuk dijadikan gula hangus)

1 peket agar-agar serbuk (10g)

4 cawan air

1 cawan gula pasir (Nak letak 1/2 cwn sahaja pun boleh)

1/2 cawan susu pekat manis

1 tin susu cair (kalau nak sedap guna Ideal)

3 sudu besar tepung kastard

1 sudu kecil esen vanilla

Cara membuat:

  1. Mula-mula, taburkan gula pasir di dalam loyang. Masak hingga keperangan. Kemudian goyangkan loyang supaya gula hangus tadi sekata di sekeliling loyang. Ketepikan.
  2. Kemudian, dalam bekas lain, masukkan susu cair, tepung kastard dan esen vanila. Kacau hingga tidak berketul.
  3. Masukkan pula agar-agar serbuk, air, susu pekat manis dan gula ke dalam campuran nombor tadi. Masak atas dapur.
  4. Kacau sehingga bahan-bahan pekat dan mendidih, kemudian tuangkan ke dalam loyang gula hangus.
  5. Apabila sudah sejuk sikit, masukkan ke dalam peti ais selama lebih kurang 2 hingga 3 jam.
  6. Akhir sekali, jika sudah sejuk, letak dalam bekas secara terbalik dan boleh dihidangkan.

Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉

Kredit resipi dan gambar: Melati Desa(Facebook)

Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://www.icookasia.shop/

Layari dan Subscribe Channel YouTube iCookAsia untuk pelbagai resepi yang menarik – https://www.youtube.com/c/iCookAsiaChannel/videos

Ikuti Channel Telegram kami untuk resepi, peraduan dan pelbagai aktiviti terkini yang menarik – https://t.me/icookasiacommunity

 

Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x