Tengah fikir nak masak apa untuk minum petang atau sebagai pemanis mulut? Cuba resipi Puding Roti daripada Chef Lin ini. Bahan-bahannya mudah dicari, cara menyediakannya pun mudah sekali.
Bahan-bahan:
3 biji telur
3 sudu besar gula kastor
2 sudu teh esen vanila
1/3 cawan marjerin dicairkan
Secubit serbuk pala
1 1/2 cawan Krimer Sejat Cair SAJI
1/2 cawan Krimer Manis Pekat SAJI
400g roti
1/2 cawan kismis, direndam air panas
Bahan Sos:
1 biji telur
3/4 cawan Krimer Sejat Cair
3 sudu besar gula kastor
1/2 sudu teh esen vanila
Secubit serbuk kayu manis
Secubit serbuk pala
Cara Membuat:
1. Pukul telur, gula dan vanila sehingga sebati.
2. Masukkan marjerin, serbuk pala, Krimer Sejat Cair dan Krimer Manis Pekat.
3. Koyakkan roti dan masukkan ke dalam campuran telur. Biar 15 minit.
4. Lengser bekas 20x20cm dengan marjerin.
5. Tuangkan setengah campuran roti, taburkan separuh kismis.
6. Ratakan baki campuran roti, taburkan baki kismis.
7. Bakar pada 175 C selama 35-40 minit atau sehingga masak. Angkat dan biar sejuk.
Untuk sos:
1. Di dalam mangkuk, pukul semua bahan.
2. Tapiskan ke dalam periuk.
3. Kacau di atas api perlahan sehingga pekat.
Jom dapatkan barangan dapur di – https://shop.icookasia.com/