Waktu gawat begini, harus diakui memang sukar untuk dapatkan bahan asas. Dan kini roti buku menjadi antara barangan yang sangat sukar diperoleh disebabkan permintaan yang sangat tinggi.
Oleh sebab itu, IcookAsia kongsikan resipi roti buku paling mudah untuk korang buat, jadi kalau tahap beginner pun, mesti akan jadi. Terima kasih kepada Watie Whisk atas perkongsian yang cukup bermakna.
Perhatian :
- Roti ini menggunakan tepung gandum dan bahan yang cukup minima jadi jangan expect roti akan selembut Gardenia atau roti lain di pasaran. Namun cukuplah untuk mempelbagaikan variasi makan untuk mengisi perut keluarga.
- Daya tahan roti ini juga tidak lama kerana kandungan protein di dalam tepung gandum adalah sederhana. Protein ini sebenarnya membantu dalam pembentukan gluten yang membuatkan doh naik cantik dan memberikan efek elastik pada doh. Protein yang kurang menyebabkan doh kurang cantik. Jadi roti hanya dapat bertahan dalam dua tiga hari sahaja dan mungkin agak keras selepas itu.
- Kaedah yang dilakukan adalah kaedah direct method so tak perlu peram dua atau tiga kali untuk kembang. Jadi selepas siap uli dan tunggu kembang, boleh terus bakar dan makan.
Semoga kita berjaya mengharungi ujian yg Allah SWT berikan utk kita didunia ni. Semoga Covid 19 terus lenyap dari muka bumi dan meninggalkan sebuah memori buat kita..
Bahan :
500g Tepung gandum (all purpose flour)
20g Susu pekat manis 20g
8g Garam
5g Yis
5g Improver (optional kot x dek x payah masuk)
20g Margerine/butter/shortening (apa yg ada gunakan jer)
+-295g Air sejuk ( kalau nak masuk telur sebijik, timbang sekali ngan air)
**Info tambahan**
⚪Kot sok2 ada tepung roti pun boleh ganti tepung gandum ni ha.. nak separuh2 pun boleh. Resepi sama jer
⚪Boleh jugak nak pakai gula (50g)+susu (20g).. terpulang kepada anda.
⚪Improver tu optional. Untuk pembuatan roti secara professional mmg masuk improver utk memperbaiki roti tu sendiri, dari segi rupa.
⚪Margerine/butter any brand yer.
⚪Air jangan dimasukkan ke semua sekali gus. Masukkan dulu 3/4 dari sukatan. Kalau ada keperluan sila tambah sikit demi sikit.
⚪Telur juga adalah optional. Saya mmg x masukkan telur dalam roti saya buat. Jimat kihkihkih
⚪Minyak tu untuk sapu kat tangan yer. Jangan boh dalam bancuhan pulak.
Masukkan semua bahan kecuali air ke dalam mixer. Mix sekejap, baru tuangkan air sejuk. Masukkan 3/4 dari sukatan air dulu. Mix sekejap dan check sama ada air perlu ditambah atau tak. Bila dah ok, mix sampai dough nampak licin dan tak melekat pada tepi permukaan mixer.
Kalau utk breadmaker, sila gunakan mengikut tatacara penggunaan breadmaker masing-masing ya.
Bila dah siap uli, boleh ler nak buat window test… Haha.. takyah ler.. sebab susah ler nak dapat perfect window test kot guna tepung gandum.
Korang keluarkan dan letak atas meja yang dah disapu minyak. Tangan korang pun sapu minyak taknak kasi melekat.
Selepas itu ambik rolling pin dan roll ke kiri kekanan bagi lebar sket. Lepas tu gulungkan dari atas ke bawah. Gulung ketat-ketat, tak boleh bagi ada angin sebab nanti roti jadi lubang besar dan jadi bubble di permukaan doh.
Sebelum itu, sapukan loyang dengan margerine sedikit supaya senang nak keluarkan roti.
Loyang akak size panjang tau.. 32 x12 x12 cm tau.. kalau loyang kecik korang bahagi lah dough tu.
Bagi yang tiada loyang, korang buat lah bulat-bulat kecik buat dinner rolls.
Nak masuk loyang tu, bahagian yg huduh tu letak kat belah bawah dan doh tu positionkan ke tepi loyang.
Tutup loyang dgn plastik dan tunggu kembang dalam satu sehingga satu setengah jam.
Tunggu doh naik sampai ke permukaan loyang.
Panaskan oven suhu 180°c atas bawah. Bila oven suhu dah stabil, masukkan loyang dan bakar 30-45 minit. Korang check selepas 30 minit tu ok ke tidak lagi.. kalau nak crust yg keras atas dia ala2 banggali carpet tu korang bakar la lama sket.
Dah keluarkan dari oven, rest jap jer pastu kena keluarkan roti dari loyang tau. Jgn lambat sgt, nnt berlaku perpeluhan.. roti kembang x cun dahh.
Kalau nak effect kilat2 tu masa keluar oven panas2 tu terus sapu margerine kat atas roti. Tapi nnt permukaan roti kedut2 sket sbb liang pori dia tertutup 😝😝😝
Sejukkan betul2 baru potong dgn pisau yg ada gigi… Baru cantikkk..
Last sekali jamu anak2 n en hubby makan.. cicah kari dapnyeeerrrr.
Sumber : Watie Whisk