Air tangan bonda merupakan hidangan paling enak dan lazat dalam dunia. Betul tak? Waima telur goreng dan kicap semata-mata, namun itulah yang sedap, lagi-lagi jika tangan itu yang menyuap ke mulut.
Resipi perkongsian Siti Fazilah Kamaruddin ini merupakan resipi senjata ibunda tercinta meraih pendapatan. Sekali makan memang sukar nak lupakan. Lebih mudah, sambal kacang ini hanya perlu ditambah air untuk menikmatinya.
“Dulu-dulu sambal kacang @ sambal pecal ni adalah salah satu sumber pendapatan mak… tambah2 kalau musim raya… sampai sado tangan menumbuk kacang guna lesung besi… semakin umur meningkat mak pun x larat dah nak menumbuk bagai… buat pun untuk makan sendiri saja… itu pun semua guna blender …
“Baru2 ni ada jiran yang nak sambal kacang ni gara2 saya jamu pecal hari tu , semangat mak nak buatkan… saya tolong2 saja sambil2 mak perturunkan ilmunye 😃😃 …
“Sambal ni nak makan baru bancuh dgn air panas… mudah je… dan tahan lama klu disimpan dlm peti ais…. boleh juga di buat cicah dengan cucur udang/cucur bawang/cucur bilis… ramai ke peminat pecal kat sini.”
Resepi sambal kacang warisan bondaku
Bahan :
1 kg kacang tanah*
1 kg gula
1 kg bawang rose kecil *(bawang lain kalau ikut mak saya tak jadi ye)
100 gram ikan bilis *(gred yang elok supaya sambal tahan dan tidak bau hapak)
200 gram cili kering *(atau ikut kepedasan masing2…saya buat campur yang jenis pedas dan tak pedas)
Garam secukup rasa
Asam jawa lebih kurang 2 senduk (kemudian di olah rasanya sehingga cukup)
Cekur (pilihan) – gunakan ubi, bukan daunnya
Cara :
1.Semua bahan bertanda * mesti di goreng satu persatu, kemudian kisar berasingan.
2.Selepas siap baru digaul semua bahan tadi dan gaulkan bersama asam jawa. (jangan bancuh dengan air pulak ye).
-Resepi ini memang tidak menggunakan air langsung dan jangan terpercik air semasa proses membuat kerana sambal tidak akan tahan lama.
Cara bancuh :
1.Nisbah 1:1/2. Sebagai contoh satu cawan sambal kacang dan setengah cawan air panas mendidih. Selepas itu tutup bancuhan dan biarkan ia kembang selama 10 hingga 15 minit. Kacau sebati.
Sumber : Siti Fazilah Kamaruddin