fbpx

Resipi Sangat Mudah, Popia Nestum. Sangat Sesuai Untuk Buat Kudapan

iCookAsia

Kebiasaannya kita akan jumpa Popia Nestum ini pada musim perayaan kan? Jangan risau, nak buat untuk makan kudapan sambil tengok cerita pun boleh. Cara nak buat ni sangat senang dan tidak memerlukan bahan yang banyak.

Jom kita try.

Terima kasih untuk Fareeza Lieza perkongsian resipi Popia Nestum ini 🙂

Bahan-bahan:

1 cawan nestum perasa original (kisar)

1/2 cawan horlicks

1/2 cawan gula halus

(Kesemua bahan satukan dan ketepikan)

1 pek kulit popia

Cara membuat:

  1. Mula-mula, ambil sedikit tepung gandum yang dibancuh dengan air sebagai gam pada kulit popia.
  2. Kemudian, kulit popia digulung dengan menggunak straw, gulung jangan terlalu ketat, nanti popia tidak akan jadi rangup.
  3. Guntingkan serong kulit popia yang digulung sepanjang 1.5 cm. Gorengkan.
  4. Akhir sekali, apabila sudah sejuk, gaulkan dengan serbuk nestum tadi. 

Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉

Kredit resipi dan gambar: Fareeza Lieza(Facebook)

Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://www.icookasia.shop/

Layari dan Subscribe Channel YouTube iCookAsia untuk pelbagai resepi yang menarik – https://www.youtube.com/c/iCookAsiaChannel/videos

Ikuti Channel Telegram kami untuk resepi, peraduan dan pelbagai aktiviti terkini yang menarik – https://t.me/icookasiacommunity

 

Share This Article
1 Comment
1
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x