fbpx

Resipi Sotong Goreng Masak Kicap, Sesuai Bagi Siapa Yang Suka Makan Pedas

iCookAsia

Peminat seafood mesti suka dengan resepi ini kan? Simple sahaja tapi sangat sedap. Memang kenyang dan rasa nak lagi. Anda semua kena cuba lah hidangan ini, nak buat untuk lunch atau dinner pun boleh.

Jom kita try.

Terima kasih untuk Tengku RosElyza Raja Muhammad perkongsian resipi Sotong Goreng Masak Kicap ini 🙂

Bahan-bahan: 

1 kg sotong (lumur kunyit dan garam lepas tu goreng halfcooked)

1 senduk besar cili kisar

Bawang putih/merah/halia/Cili padi ikut kepedasan (kisar)

Kayu manis, bunga lawang

2 batang serai (ketuk)

Bawang merah (hiris bulat)

Tomato/cili merah (hiris dan potong)

Kicap manis (Boleh pakai kicap mudim)

Sos cili

Sos tomato

Sos tiram

Sedikit air asam

Cara membuat:

  1. Mula-mula, tumis bahan kisar sampai naik bau atau kekuningan.
  2. Masukkan bunga lawang, kayu manis, serai.
  3. Kemudian, masukkan cili kisar dan tumis sampai pecah minyak. Masukkan semua jenis sos, jika pekat tambah air sedikit.
  4. Tumis lagi baru masukkan garam dan gula secukup rasa.
  5. Masukkan bawang hiris, tomato, cili merah dan kacau sekejap.
  6. Akhir sekali, baru masukkan sotong gaul rata dan tutup api.

Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉

Kredit resipi dan gambar: Tengku RosElyza Raja Muhammad(Facebook)

Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://www.icookasia.shop/

Layari dan Subscribe Channel YouTube iCookAsia untuk pelbagai resepi yang menarik – https://www.youtube.com/c/iCookAsiaChannel/videos

Ikuti Channel Telegram kami untuk resepi, peraduan dan pelbagai aktiviti terkini yang menarik – https://t.me/icookasiacommunity

 

Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x