Pada yang berketurunan jawa, mesti masakan sambal goreng ni tidak asing lagi kan? Sangat popular. Bahan yang diperlukan pun pelbagai, membuat kan masakan ini menarik. Makan dengan nasi, sedap, makan ratah begitu sahaja pun sedap!
Terima kasih Mariana Zainal untuk perkongsian resipi Sambal Goreng Jawa ini 🙂
Bahan-bahan:
2 paket tempe (hiris dan goreng garing)
3-4 ketul tauhu (hiris dan goreng garing)
3-4 biji kentang (hiris dan goreng garing)
*pilihan* Sedikit hati ayam (hiris dan goreng)
2 paket suhun (rendam di dalam air)
*pilihan* 1 keping fucuk (potong dan di rendam dalam air)
Sedikit kacang panjang (dihiris serong)
1 sudu besar gula
Sedikit perasa jika perlu
1/2 sudu teh garam
Kicap manis secukupnya
1/2 cawan air asam jawa (cair)
1 cawan air
3 sudu besar ikan bilis (tumbuk lumat)
2 senduk minyak masak (untuk menumis)
Bahan Tumis
2 biji bawang besar (hiris nipis)
4 ulas bawang putih (hiris nipis)
10 tangkai cili kering (potong nipis menyerong)
Cara penyediaan:
1. Panaskan minyak masak dan masukkan ikan bilis yang telah di ditumbuk lumat
2. Masukkan bahan tumis dan tumis hingga agak garing.
3. Masukkan air asam jawa, gula, perasa dan sedikit garam.
4. Renjiskan kicap manis dan kacau hingga naik minyak.
5. Selepas itu, masukkan suhun dan fucuk serta air.
6. Kemudian, masukkan kacang panjang dan kacau seketika.
7. Masukkan bahan-bahan yang telah disiap goreng tadi dan gaul sebati. Sesuaikan rasa mengikut citarasa anda.
8. Tutup api dan sambal goreng jawa siap untuk di hidang!
Buat penggemar pedas, boleh tambah cili padi yang dipotong serong dalam masakan.
Terliur kan tengok? Anda jangan lupa untuk try masak di rumah, okay! 😉
Kredit resipi dan gambar: Mariana Zainal (Facebook)
Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.com/