fbpx

Resipi Sup Telur Yang Mudah Dengan Rasa Yang Sedap!

iCookAsia

Siapa di sini suka makan Sup Telur? Anda semua mesti kene cuba resepi ini tau. Mudah dan ringkas sahaja cara untuk buat ini. Bukan itu sahaja, rasa nya yang sedap dan segar sahaja bila dihirup.

Jom kita try.

Terima kasih untuk Qasih Jue Aisya perkongsian resipi Sup Telur ini 🙂

Bahan-bahan:

Bahan A (Hiris NIpis):

2 biji bwg merah

2 ulas bwg putih

1 inci halia

Batang saderi

Bahan B:

4 biji telur

Sedikit suhun dan pucuk

Cendawan kering 

1/2 ketul pati kiub ayam

Daun sup

Garam

2 biji ubi kentang (potong kecil)

Cara membuat:

  1. Mula-mula, hiris nipis bahan A.
  2. Kemudian, tumis bahan tersebut semua sampai wangi dan kekuningan.
  3. Masukkan air, air ikut sukatan sendiri nak sup banyak mana.
  4. Seterusnya, masukkan ubi dan masak sampai ubi empuk. Jika sudah empuk masukkan cendawan, cendawan kering rendam dengan air panas dulu 15 minit.
  5. Perah airnya dan bilas, baru masukkan dalam sup, suhun dan sayur pucuk yang direndam seketika.
  6. Letak garam, pati kiub ayam, pecahkan telur dan biar ia mendidih dan jangan kacau nanti telur akan hancur.
  7. Akhir sekali, biar mendidih seketika dan tabur daun sup. Tutup api dan boleh dihidangkan.

Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉

Kredit resipi dan gambar: Qasih Jue Aisya(Facebook)

Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://www.icookasia.shop/

Layari dan Subscribe Channel YouTube iCookAsia untuk pelbagai resepi yang menarik – https://www.youtube.com/c/iCookAsiaChannel/videos

Ikuti Channel Telegram kami untuk resepi, peraduan dan pelbagai aktiviti terkini yang menarik – https://t.me/icookasiacommunity

 

TAGGED:
Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x