Terfikir ke nak masak apa untuk tengahari? Kalau dapat makanan yang simple tapi rasa yang sedap, pun best juga. Apa kata cuba menu Tauhu Berlauk Sambal Kicap ini, senang dan padu rasanya dengan ada nya sambal kicap.
Jom kita try.
Terima kasih untuk Ariana Sofia Ahmad perkongsian resipi Tauhu Berlauk Sambal Kicap ini :)\
Bahan-bahan:
Bahan A (Kisar):
2 ketul isi ayam
4 ketul tauhu putih
4 tiub tofu telur atau tauhu telur
4 biji telur
Bahan B:
1 biji lobak (dicincang halus)
4 batang daun sup (dihiris halus)
4 batang daun bawang (dihiris halus)
3 biji bawang merah (dicincang halus)
2 biji cili api (dihiris halus)
2 sudu kecil serbuk lada putih
1 sudu kecil serbuk lada hitam
1 sudu kecil ajinomoto
1 kiub pati ayam
Bahan C (Sambal Kicap):
1 cawan kicap lemak manis
1 sudu besar sos tiram
8 biji cili api
4 biji bawang putih
Bahan D (Untuk Dicelup Dengan Tauhu):
2 biji telur
Sedikit garam
Cara membuat:
- Mula-mula, blend kan kesemua bahan A sehingga hancur.
- Apabila sudah siap kisar, tuang adunan ke dalam mangkuk.
- Masukkan lobak, bawang merah, cili api, daun sup, daun bawang, serbuk lada putih, serbuk lada hitam, ajinomoto dan kiub pati ayam. Kacau kesemua bahan sehingga sebati.
- Kemudian, lapikkan loyang 8 dengan plastik dan tuangkan semua adunan. Kalau nak letak dalam bekas kecil-kecil pun boleh.
- Kukuskan selama 25 hingga 30 minit.
- Seterusnya, apabila sudah masak, keluarkan dari loyang dan biarkan sejuk dahulu baru dipotong.
- Sementara tunggu tauhu sejuk, kisarkan cilia pi, bawang putih, sos tiram dan kicap lemak manis. Kalau suka pedas boleh tambah cili api.
- Apabila tauhu sudah sejuk, boleh potong secara kecil. Akan dapat dalam 36 biji.
- Celupkan tauhu ke dalam telur terlebih dahulu sebelum digoreng.
- Selepas itu, gorengkan tauhu tersebut dalam minyak yang panas.
- Setelah kelihatan kekuningan, boleh diangkat.
- Toskan dahulu tauhu goreng sebelum letak dalam pinggan.
- Akhir sekali, bolehkan tabur dengan daun sup sekiranya suka atau boleh letakkan bawang goreng.
Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉
Kredit resipi dan gambar: Ariana Sofia Ahmad(Facebook)
Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://www.icookasia.shop/
Layari dan Subscribe Channel YouTube iCookAsia untuk pelbagai resepi yang menarik – https://www.youtube.com/c/iCookAsiaChannel/videos
Ikuti Channel Telegram kami untuk resepi, peraduan dan pelbagai aktiviti terkini yang menarik – https://t.me/icookasiacommunity