fbpx

Resipi Tauhu Lembut Kukus, Simple Tapi Sangat Lazat!

iCookAsia

Pernah dengar akan hidangan Tauhu Lembut Kukus? Dengar pun dah tahu sedap.

Apatah lagi kalau dapat makan dengan nasi panas ni. Memang nikmat rasa dia. Buat sendiri dapat makan banyak hehe

Terima kasih untuk Nur Hidayah Ida perkongsian resipi Tauhu Lembut ini 🙂

Bahan-bahan:

Ketul tahu lembut (kukus 5 minit)

200 g isi ayam (cincang)

Bawang putih 4 ulas (cincang)

Sos tiram 2 sudu besar

Kicap pekat 1 setengah sudu besar

2 sudu besar kicap jalen manis (warna merah)

Chicken stock 1 sudu teh

Minyak bijan 1 sudu besar

Sedikit lada sulah

Sedikit minyak untuk menumis

Setengah sudu besar tepung jagung (bancuh dengan sedikit air)

Sedikit air ( lebih kurang setengah cawan air)

Daun bawang (sebagai hiasan)

Cara membuat:

  1. Mula-mula, panaskan minyak.
  2. Masukkan bawang putih, tumis sehingga sedikit kekuningan.
  3. Kemudian, masukkan isi ayam yang sudah dicincang tadi.
  4. Kacau sehingga masak.
  5. Kemudian, masukkan air, sos tiram, kicap pekat, kicap manis, lada sulah dan chicken stock.
  6. Seterusnya, kacau sehingga mendidih. Kemudian masukan air bancuhan tepung jagung.
  7. Akhir sekali masukkan minyak bijan dan tuang di atas tahu yang sudah siap dikukus tadi.

Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉

Kredit resipi dan gambar: Nur Hidayah Ida(Facebook)

Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://www.icookasia.shop/

Layari dan Subscribe Channel YouTube iCookAsia untuk pelbagai resepi yang menarik – https://www.youtube.com/c/iCookAsiaChannel/videos

Ikuti Channel Telegram kami untuk resepi, peraduan dan pelbagai aktiviti terkini yang menarik – https://t.me/icookasiacommunity

 

Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x