Mesti ramai yang pernah makan Terung Berlada kan? Dengan rasa nya yang cukup menjadikan hidangan itu lebih menarik dan sedap. Bukan itu sahaja, kalau dimakan dengan nasi panas, memang perfect.
Jom kita try.
Terima kasih untuk Noor Fatin Hazwani perkongsian resipi Terung Berlada Ala Thai ini 🙂
Bahan-bahan:
Terung
Bawang putih
Bawang holland
Daun ketumbar
Cili
Sos nampla
Cara membuat:
- Mula-mula, belah dua terung tersebut dan bakar sahaja atas dapur gas, ia akan menghasilkan rasa dan aroma yang berbeza.
- Letakkan dalam satu pinggan.
- Kemudian, tumbuk bawang putih dengan cili sehingga hancur lumat.
- Letak udang geragau sebagai penambah rasa.
- Seterusnya, panaskan kuali dan tumiskan bawang holland sampai garing. Pastikan kuali panas.
- Selepas dah garing, masukkan bahan tumbuk dan kacau sedikit.
- Masukkan sos nampla, jangan terlalu banyak nanti masin.
- Masukkan sedikit lada putih serta perasa lain seperti garam dan gula untuk seimbangkan rasa
- Akhir sekali, jika kering masukkan sedikit air dan cincang daun ketumbar dan masukkan ia,
Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉
Kredit resipi dan gambar: Noor Fatin Hazwani(Facebook)
Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://www.icookasia.shop/
Layari dan Subscribe Channel YouTube iCookAsia untuk pelbagai resepi yang menarik – https://www.youtube.com/c/iCookAsiaChannel/videos
Ikuti Channel Telegram kami untuk resepi, peraduan dan pelbagai aktiviti terkini yang menarik – https://t.me/icookasiacommunity