fbpx

Resipi Turun Temurun Orang Lama, Letak Telur Untuk Solok Lada Elok Bersalut Dan Lebih Sedap.

iCookAsia

Resipi Solok Lada kali ini merupakan hasil perkongsian Nik Mardiana Mohamad. Bahan-bahannya cukup mudah dan senang untuk dibuat.

Ada pelbagai resipi untuk membuat solok lada, namun resipi ini menggunakan telur sebagai salah satu bahan utama agar solok lada elok tersalut dan lebih enak dimakan.

Terima kasih atas perkongsian ini.

“Kesihatan x brapa ok sebln 2 bulan ni tp hati tu tringin nk masak sedp² bg suami ank² mkn..
maka jadilah SOLOK LADA..makanan oghe kelate tp orng LUAR pun ramai suka dan pandai buat sendri..

Bahan Inti :

Isi ikan sardin mentah – tumbuk sampai lumat

Bawang kecil – tumbuk sampai lumat

Kelapa parut – yang sesuai untuk buat kuih

Telur

Serbuk lada hitam

Gula

Garam

Cara :

  1. Cili hijau dibelah tengah dan dibuang biji.
  2. Satukan semua bahan tadi dan sumbat inti di belahan cili hijau tadi.
  3. Masukkan santan dan pucuk ubi sebagai alas supaya tidak hangit.
  4. Masak santan bersama 2 asam keping. Kacau sebati dan baru masukkan cili yang telah disumbat tadi. Masak sehingga santan kering menggunakan api perlahan.
  5. Pucuk ubi yang direbus bersama tadi boleh dimakan dan diratah begitu sahaja. Sedap.
  6. Siap solok lada.

Kredit resipi & foto : Nik Mardiana Mohamad

Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.com/

TAGGED:
Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x