fbpx

Resipi Udang Goreng Kam Heong, Mudah Dan Gerenti Sedap Ni!

iCookAsia

Kalau masakan tengahari mesti rasa nak makan sesuatu yang lain tapi sedap kan. Apa kata anda cuba resepi yang mudah ini. Confirm boleh buat terliur. Admin pun nak cuba juga ni.

Jom kita try.

Terima kasih untuk Nora Syikin perkongsian resipi Udang Goreng Kam Heong ini 🙂

Bahan-bahan:

Udang (goreng kejap dan ketepikan)

bawang besar (cincang)

bawang putih (cincang)

Halia (hiris halus)

Cili padi (hiris)

Serbuk kari+cili blend+air (buat macam pes)

Daun kari

Sos tomato

Sos cili

Sos tiram

Kicap

Lada hitam (tumbuk)

Air Asam jawa sikit

Gula

Garam (jika perlu)

Aji

bawang besar (hiris bulat)

Cara membuat:

  1. Mula-mula, tumis bahan cincang dan daun kari.
  2. Kemudian, masukkan pes campuran serbuk kari, cili kisar dan air tadi.
  3. Tumiskan sampai naik bau dan pecah minyak.
  4. Seterusnya, masukkan air asam jawa dan semua sos.
  5. Perasakan dengan gula, ajinomoto dan garam, jika perlu kerana sudah ada sos tiram dan kicap sudah masin.
  6. Akhir sekali, masukkan udang dan bawang yang sudah dipotong bulat tadi. Boleh dihidangkan.

Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉

Kredit resipi dan gambar: Nora Syikin(Facebook)

Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://www.icookasia.shop/

Layari dan Subscribe Channel YouTube iCookAsia untuk pelbagai resepi yang menarik – https://www.youtube.com/c/iCookAsiaChannel/videos

Ikuti Channel Telegram kami untuk resepi, peraduan dan pelbagai aktiviti terkini yang menarik – https://t.me/icookasiacommunity

 

Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x