Kalau anda nak tahu, sekarang ini tengah viral di media sosial mengenai resepi Crab Rangoon tau. Dengan kerangupan hidangan ini dan isi yang padat menjadikan ramai yang mencuba nya. Digandingkan pula dengan sos pencicah yang mantap.
Jom kita try.
Terima kasih untuk Siti Hazneza Abdul Hamid perkongsian resipi Crab Rangoon ini 🙂
Bahan-bahan:
Bahan A (Kulit):
2 cawan tepung gandum
4 sudu besar marjerin
Air secukup untuk jadikan doh
Cara membuat:
- Mula-mula, ramaskan marjerin dengan tepung sampai jadi peroi. Tambah air sedikit demi sedikit sehingga menjadi doh.
- Ketepikan. Biarkan doh tersebut rehat dalam peti sejuk pun boleh.
Bahan B (Isi):
1 cawan isi ketam (Boleh guna ketam tiruan saja)
1 cawan cream cheese
1/4Â cawan daun sup + daun bawang (ikut selera)
Garam secukup rasa
Lada hitam secukup rasa
1 biji telur
Cara membuat:
- Gaulkan kesemua bahan hingga sekata.
Tips: Jika mahu jadikan isi ini sebagai salad untuk dimakan terus atau diletakkan pada croissant, tidak perlu letak telur.
Cara membuat (Rangoon):
- Mula-mula, canai doh dan buat empat segi sama 2 x 2 inci.
- Kemudian, letak isi sebanyak 1 sudu kecil.
- Balutkan dan kelimkan ia. Temukan bucu kedua yang bertentangan.
- Seterusnya, goreng sehingga garing.
- Akhir sekali, boleh hidangkan dengan sos cili atau sos Thai.
Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉
Kredit resipi dan gambar: Siti Hazneza Abdul Hamid(Facebook)
Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://www.icookasia.shop/
Layari dan Subscribe Channel YouTube iCookAsia untuk pelbagai resepi yang menarik – https://www.youtube.com/c/iCookAsiaChannel/videos
Ikuti Channel Telegram kami untuk resepi, peraduan dan pelbagai aktiviti terkini yang menarik – https://t.me/icookasiacommunity