Setiap kali lepas makan nasi, mesti teringin nak makan dessert kan? Apa kata cuba buat Waffle Homemade ini? Mudah tapi sedap. Bukan itu sahaja, mengenyangkan tau. Nak letak topping apa-apa pun boleh.
Jom kita try.
Terima kasih untuk Nurul Ateekah perkongsian resipi Waffle Homemade ini 🙂
Bahan-bahan:
2 cawan tepung gandum
2 cawan air
1/3 cawan minyak masak atau minyak jagung atau butter (dicairkan)
1 biji telur
1 1/2 sudu kecil baking powder
2 sudu besar susu tepung
2 sudu besar gula
Secubit garam
Sedikit esen vanilla
Cara membuat:
- Mula-mula, masukkan semua bahan-bahan di atas dan gaulkan sehingga sebati.
- Panaskan waffle maker dan masukkan adunan ke dalam waffle maker.
- Kemudian, agak-agak jangan terlalu penuh. Kalau waffle maker itu jenis melekat, letakkan sedikit butter atau minyak.
- Tunggu sehingga masak dan alihkan.
Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉
Kredit resipi dan gambar: Nurul Ateekah(Facebook)
Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://www.icookasia.shop/
Layari dan Subscribe Channel YouTube iCookAsia untuk pelbagai resepi yang menarik – https://www.youtube.com/c/iCookAsiaChannel/videos
Ikuti Channel Telegram kami untuk resepi, peraduan dan pelbagai aktiviti terkini yang menarik – https://t.me/icookasiacommunity