Tak tahu nak masak apa untuk berbuka? Apa kata anda semua cuba resepi yang simple, mudah dan sedap ini. Jimat masa dan tenaga tau. Bahan-bahan yang digunakan pun senang untu didapati. Rasanya sangat menyelerakan ni. Admin ikut terliur sekali ni hehe.
Jom kita try.
Terima kasih untuk Intan MK perkongsian resipi Kerisi Sambal Cili Padi ini 🙂
Bahan-bahan:
Bahan A:
Bawang besar
Bawang putih
Cili padi
Bahan B:
Air asam jawa
Gula garam perasa secukupnya
Cara membuat:
- Mula-mula, kisar kasar kesemua bahan A.
- Tumiskan dengan minyak goreng ikan tadi.
- Kemudian, masak sampai pecah minyak dan selepas itu, masukkan air asam jawa, garam dan gula secukupnya.
- Akhir sekali, jika sudah okay atau ngam rasa sambal itu, masukkan ikan goreng. Kacau sekejap. Boleh dihidangkan.
Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉
Kredit resipi dan gambar: Intan MK(Facebook)
Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://www.icookasia.shop/
Layari dan Subscribe Channel YouTube iCookAsia untuk pelbagai resepi yang menarik – https://www.youtube.com/c/iCookAsiaChannel/videos
Ikuti Channel Telegram kami untuk resepi, peraduan dan pelbagai aktiviti terkini yang menarik – https://t.me/icookasiacommunity