fbpx

Rindu Hidangan Bazar Ramadan? Kenapa Nak Beli Kalau Boleh Buat Sendiri.

iCookAsia

Rindu Hidangan Bazar Ramadan? Kenapa Nak Beli Kalau Boleh Buat Sendiri. Ini Kompilasi Resipi Popular Bazar Untuk Santapan Berbuka Puasa. Hidangan Pembuka Selera

1. KEROPOK LEKOR : https://www.youtube.com/watch?v=-dQqw…

• Berasal dari Pantai Timur khususnya Terengganu

• Perkataan “Lekor” bermaksud “Lingkar” dalam bahasa Melayu Terengganu. Maksud Keropok Lekor ialah Keropok yang berlingkar.

• daripada isi ikan laut dan campuran sagu dan sedikit garam

• untuk tahan lebih lama, keropok lekor hendaklah dibalut dengan plastik dan diletakkan di tempat sejuk beku

• untuk melembutkan keropok lekor, rendamkan ke dalam satu bekas air panas selama beberapa minit dan toskan sebelum digoreng.

2. LOMPAT TIKAM : https://www.youtube.com/watch?v=yoh1D…

• sejenis kuih tradisional terkenal dari Pantai Timur

• lompat tikam Kelantan terdiri daripada 4 komponen warna iaitu tepung hijau, santan, pulut merah dan air gula.

• Selalunya diperbuat daripada tepung beras, santan, pulut dan disiram dengan air nisan.

• mempunyai dua lapisan, iaitu lapisan tepung bewarna hijau di bahagian bawah dan lapisan santan di bahagian atas. Ia dibuat tawar kerana dimakan bersama air nisan atau gula kabung.

• Enak dimakan sewaktu sejuk

3. AIR KATIRA : https://www.youtube.com/watch?v=aYmjc…

• Katira atau getah anggur ini digunakan sebagai bahan utama dalam minuman air katira yang sangat popular di negeri Johor.

• selalunya hanya boleh dijumpai pada bulan ramadan

• diadun dengan ramuan herba semulajadi yang membantu menyegarkan dan menyejukkan badan.

• Jika di Johor, air katira yang banyak dijumpai biasanya bewarna hijau. Namun variasi warna khatira adalah bergantung kepada perisa sirapnya

• Susu badam, kurma dan susu yang terkandung dalam air katira kaya dengan protein, potasium dan kalori yang sangat baik untuk sel-sel badan.

• ada yang mendakwa ianya bermula dari Singapura. Dan ada juga cakap-cakap kononnya minuman ini merupakan minuman kegemaran orang Islam di India Selatan.

4. OTAK-OTAK : https://www.youtube.com/watch?v=3kFvf…

• merupakan isi ikan berempah yang dipanggang di atas bara

• dihasilkan dari isi ikan (biasanya ikan tenggiri) yang digaulkan dengan campuran berempah termasuk lada, bawang putih, bawang merah, kunyit, serai dan santan.

• Dibungkus dengan daun kelapa. Jika menggunakan daun pisang, ia dipanggil pais. • terdapat juga otak-otak dari sotong, kepala ikan dan juga ayam.

5.ROTI JOHN : https://www.youtube.com/watch?v=TcaIM…

• juga dipanggil sebagai sandwic omelet

• Menurut laporan Straits Time Singapura pada tahun 1988, pada sekitar tahun 1960 ada seorang orang putih (Englishmen) meminta seorang penjaja Melayu di Sembawang, Singapura untuk buat hamburger. Dan lahirlah roti dengan taburan daging cincang dan bawang di celah kepingan roti Perancis dan dimasak dengan ramuan telur sebagai pengganti. – Ia terus berkembang dan roti itu kemudiannya dijual oleh orang India kepada askar-askar British di Singapura.

• Roti John asal bukan hanya roti tampal telur semata-mata, namun setiap ketulan daging dan ayam harus terasa dalam gigitan.

TAGGED:
Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x