fbpx

Rindu Masakan Terengganu? Jom Cuba Buat Nasi Dagang Terengganu Ini, Sedap Molek!

iCookAsia

Mesti ramai yang nak pergi ke negeri pantai timur, Terengganu kan? Terkenal dengan makanan yang sedap dan menarik. Jom buat resepi Nasi Dagang Terengganu ini, buat sendiri dapat makan banyak hehe.

Jom kita try.

Terima kasih untuk Haadii Nadia perkongsian resipi Nasi Dagang Terengganu ini 🙂

Bahan-bahan:

Bahan A (Nasi Dagang):

2 pot beras Basmathi

2 sudu beras pulut (kalau suka berpulut, boleh tambah sukatan)

Rendamkan bahan-bahan di atas selama 1-2 jam

Halia (mayang halus)

Bawang merah (mayang halus)

Santan (boleh guna setengah kotak)

Garam

Gula

2 sudu besar halba

Cara membuat:

  1. Mula-mula, kukus beras dan beras pulut sampai separuh masak.
  2. Kemudian, letak beras dan beras pulut yang dikukus separuh masak tadi dalam bekas atau besen, lagi besar lagi elok dan ketepikan.
  3. Seterusnya, dalam mangkuk, masukkan santan, halia, bawang, halba, gula dan garam. Kacau sehingga sebati.
  4. Selepas itu, masukkan ia ke dalam bekas atau besen berisi beras dan beras pulut tadi dan gaulkan sampai sebati. Gaulkan secara perlahan-lahan untuk elakkan nasi patah.
  5. Kukus lagi sekali sehingga masak. kemudian, letakkan dalam bekas yang dialas daun pisang, tekan sedikit biar ia mampat.
  6. Tutup dengan daun pisang dan sedia untuk dihidang.

Bahan B (Gulai):

Bahan 1:

Ikan aya atau tongkol

Cara membuat:

  1. Rebuskan ikan tersebut dan pastikan air itu tenggelamkan ikan bersama asam keping, garam serta rebus sampai air sedikit kering dengan api perlahan.

Bahan 2:

11 ulas bawang merah

1 labu bawang putih

Seinci halia

Segenggam cili kering (Direbus)

Kisarkan kesemua bahan di atas

Bahan 3:

1 paket kecil rempah kari ikan Adabi (plastik biru)

1 paket kecil rempah gulai cap Bunga Rose

2 kotak santan (Guna saiz kecil)

Air

Asam keping

Gula nisang atau kerek atau melaka

Garam

Cili api merah atau hijau

Cara membuat:

  1. Mula-mula, letakkan minyak yang banyak dalam kuali untuk menumis. Tunggu minyak panas dan baru masukkan bahan kisar, rempah kari ikan adabi dan rempah gulai cap rose dengan sedikit air bersama gula nisang, boleh guna nisang separuh kerek.
  2. Kemudian, tumis sampai pecah minyak dan kering, ulang langkah ini sebanyak 3 kali. Jikalau kering, boleh  tambah air. Kalau anda nak tambah air rebusan ikan pun boleh jika anda sukakan gulai yang masam.
  3. Ulang 3 kali sampai rempah kering atau pecah minyak, Jangan sampai hangit. Gunakan api sederhana sahaja. Ketepikan.
  4. Selepas itu, dalam periuk, masukkan santan 2 kotak dan sedikit air. Untuk sukatan air, masukkan air dalam kotak santan yang digunakan dan air guna 1 kotak santan.
  5. Kemudian, masukkan bahan yang di tumis tadi dalam periuk berisi santan.
  6. Buka api dan kacau sampai sebati. Masukkan garam, asam keping, ikan yang direbus, cili padi hijau dan merah. Masak sampai kuah pekat dengan api perlahan.

Maklumat tambahan:

  1. Jika gulai anda tidak merah sangat, letakkan minyak dalam kuali, tumiskan cili kisar anggaran 5 sudu sampai naik minyak.
  2. Apabila sudah siap, curahkan ke dalam gulai yang sudah siap tadi.

Bahan C (Acar Timun):

Timun

Potong bulat-bulat, belah empat, buangkan biji nya dan hiris halus-halus

Carrot (Potong bulat dan hiris halus)

2 biji bawang merah (hiris halus)

1 biji lada besar (buang biji dan hiris halus)

3 sudu besar gula

1 sudu kecil garam

3 sudu besar cuka

Cara membuat:

  1. Gaulkan kesemua bahan di atas sehingga sebati.

Bahan D:

Telur

Cara membuat:

  1. Didihkan air agak-agak tenggelam telur.
  2. Selepas air mendidih, masukkan telur perlahan-lahan supaya tidak retak.
  3. Set kan masa selama 6 minit dan selepas itu, tutup api.
  4. Biarkan lagi dalam periuk selama 3 minit dan angkat cepat-cepat serta alirkan bawah air paip. Kupaskan ketika masih panas di bawah air yang mengalir.

Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉

Kredit resipi dan gambar: Haadii Nadia(Facebook)

Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://www.icookasia.shop/

Layari dan Subscribe Channel YouTube iCookAsia untuk pelbagai resepi yang menarik – https://www.youtube.com/c/iCookAsiaChannel/videos

Ikuti Channel Telegram kami untuk resepi, peraduan dan pelbagai aktiviti terkini yang menarik – https://t.me/icookasiacommunity

 

Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x