Barli ini kebiasaanya digunakan dalam hidangan air seperti Barli Suam. Ianya memang sangat menyegarkan. Tetapi, mesti anda tertanya-tanya, apa lagi yang boleh dibuat dengan Barli ini selain air kan?
Meh Admin kongsikan, perkongsian resipi daripada seorang pengguna Facebook ini yang menggunakan Barli untuk membuat Roti Barli. Hasilnya sungguh mengagumkan. Lembut dan gebu betul. Jom cuba!
Terima kasih CT Liz untuk perkongsian resipi Roti Barli ini 🙂
Bahan-bahan:
1/2 kg tepung gandum
2 cawan barli (yang sudah siap rebus)
️1 sudu besar gula
1 sudu besar yis mauripan
1 sudu kecil garam
2 cawan air
1/8 cawan minyak masak
1 sudu besar susu pekat
1 sudu teh softener
Cara membuat:
- Rendam yis, gula, air dan susu. Biarkan yis mengembang.
- Gaul tepung gandum, minyak, softener hingga jadi seperti serbuk roti.
- Apabila yis sudah kembang, campur semua bahan kecuali barli. Gaul semua sehingga menjadi doh.
- Selepas itu, tutup doh sehingga naik 2x ganda. Apabila sudah naik, tumbuk doh bagi keluar angin.
- Kemudian campur barli.
- Bulat-bulat kan doh mengikut besar mana yang kita kehendaki.
- Perap seketika, dan tunggu doh naik sekali lagi.
- Boleh bakar pada suhu 150′ selama 20 minit. Api atas bawah. (Sapu dengan kuning telur di atas roti). Tabur barli di atas.
*Sapukan marjerin dan madu untuk kekalkan lembut pada roti.
Bahan untuk Sos Karamel:
1 sudu besar tepung jagung atau 1/3
1 cawan air
1/2 cawan susu cair
1/2 keping gula melaka
secubit garam dan whipping cream
Caranya: Masukkan semua dalam periuk. Kacau sebentar dan baru buka api. Biarkan mendidih dan sedikit pekat. Kemudian, baru tutup api.
Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉
Kredit resipi dan gambar: CT Liz (Facebook)
Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.com/