fbpx

Roti Dah Expired, Tapi Idea Tak Kering Lagi. Kreatif Betul Buat Jemput-Jemput Roti Ini Di Rumah.

iCookAsia

Penggunaan roti yang hampir expired atau sudah expired sangat banyak. Buat puding atau agar-agar roti, bread crumbs, pizza atau jemput-jemput. Seperti jemput-jemput, ianya sangat sesuai kalau para ibu mencuba resepi ini dah sediakan bekal makanan pada anak anda. Bukan sahaja mudah, tapi hasilnya pun boleh jadi lembut betul. Jom cuba!

Terima kasih Asrinna Bakri untuk perkongsian resipi Jemput-jemput Roti ini 🙂

Bahan-bahan:

5 keping roti

½ cawan air

1 biji telur

3 sudu tepung gandum

½ sudu kecil baking powder

Crabstick/sosej potong kecil

Daun bawang

Cili merah (dipotong dadu)

Serbuk pati ayam

Garam

Cara memasak:


1. Carik-carik roti. Masukkan air. Biarkan 5 minit agar roti kembang.


2. Masukkan semua bahan-bahan lain. Gaul sebati. Biarkan 10 minit.

3. Sementara tu, panaskan minyak. Jemput-jemputkan adunan dan goreng hingga keemasan.

Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉

Kredit resipi dan gambar: Asrinna Bakri (Facebook)

Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.com/

Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x