fbpx

Roti Gebu Manis. Kalau Nak Buat Jualan, Boleh Gandakan Bahan-Bahan Je. Confirm Laku!

iCookAsia

Nak buat Roti ini agak mencabar. Dan yang paling susah adalah sewaktu hendak menguli doh untuk membuat Roti ini. Memerlukan latihan dan cubaan banyak kali. Tidak mengapa, memasak ini, bak orang putih kata, “practice makes perfect”! Jangan pernah putus asa. Teruskan dan cuba menguli sampailah ketahap anda boleh buat Roti ni sebagai jualan. Seperti seorang pengguna Facebook dibawah ini? 

Terima kasih Nur Fiqa Fyqa untuk perkongsian resipi Roti ini 🙂

Bahan-bahan:

1 paket yis kering

1 sudu besar gula

1 mug air suam

(Campurkan semua dan tunggu sehingga yis berbuih)

4 mug tepung gandum

4 sudu besar gula

2 sudu marjerin

2 sudu susu pekat manis

2 sudu kecil baking powder

1 sudu kecil garam

1 biji telur

(Juga campurkan semua bahan)

 

Cara memasak:

  1. Apabila bahan-bahan tepung sudah digaul rata, masukkan yis yang sudah berbuih. Uli sehingga menjadi doh lembut. Jika terlalu lembik, boleh tambahkan tepung sedikit demi sedikit.

*doh mesti lembut ya, baru dapat hasil yang lembut.

  1. Apabila doh sudah tidak melekat di tangan, bolehlah diperap. Uli lebih kurang 20 ke 30 minit, pakai tangan sahaja. Jika ada mesin lagi senang.
  2. Perap selama 1 jam sehingga doh naik dua kali ganda. Bila dah naik, buangkan angin dalam doh tu dan tumbuk-tumbuk doh.
  3. Setelah itu, boleh lah bentukkan doh mengikut roti yang kita nak buat.
  4. Apabila siap dibentuk, perlu perapkan sekali lagi sehingga doh naik semula dan barulah boleh dibakar. Sebelum dibakar, sapu doh dengan kuning telur. Bakar pada suhu 180’c , 30 minit, api atas bawah (bergantung pada oven masing-masing. 

*Jika nampak lebih brown, boleh tambah minit.

  1. Setelah keluar dari oven, terus sapukan roti dengan marjerin untuk nampak berkilat dan kekal lembut. 

Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉

Kredit resipi dan gambar: Nur Fiqa Fyqa (Facebook)

Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.com/

Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x