Nampak macam senang nak buat roti jala kan? Namun kalau silap gaya waktu mengirai dalam kuali, alamatnya jala entah ke mana, roti entah ke mana.
Jelas Nor Al Fatihah, selalunya jika mendapat tempahan dia akan mengirai pada waktu malam dan anginkan roti jala di bawah kipas sehingga sejuk, kemudian baru tutupkan bekasnya. Cara ini berkesan untuk mengelakkan roti jala cepat basi.
Terima kasih kepada pemilik resipi asal, Mariana Zainal.
Bahan :
1 kg Tepung gandum
2 biji Telur A
1/2 tin Susu cair (1 cawan)
150ml Minyak masak
1500ml Air
Sedikit garam
Pewarna kuning telur
Cara :
- Satukan semua bahan dan kisar sebati.
- Panaskan kuali non stick. Jika gunakan kuali leper, lengserkan sedikit minyak pada kiraian pertama. Yang seterusnya tidak perlu lengserkan minyak lagi.
- Tip penting, jika tempahan banyak dan pelanggan mahukan di waktu pagi, kiraikan pada waktu malam. Selepas siap dikirai, biarkan roti jala betul-betul sejuk dan baru tutupkan bekasnya. Anginkan dibawah kipas supaya roti jala lambat basi.
Kredit resipi & foto : Mariana Zainal & Nor Al Fatihah
Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.com/