Mudah sebenarnya untuk menyediakan Roti John, terpulang kepada citarasa masing-masing untuk meletakkan inti apa di dalamnya. Malah, roti seperti yang dijual di bazar Ramadan pun ada dijual di pasaraya, jadi tiada alasan untuk tak buat sempenan Ramadan ini.
Cara :
1. Boleh pilih untuk menggunakaan daging burger, isi ayam atau sosej. Terpulang.
2. Cara (Tiada sukatan) :
Tumis Bawang Merah + Bawang Putih (Potong dadu)
Masukkan Rempah Kari (Campur air)
Masukkan Daging (Cincang)
Masukkan Sosej (Potong)
Masukkan Garam
Masukkan Lada Sulah
3. Pecahkan telur dan masukkan daun sup.
4. Campurkan semua bahan.
5. Roti dibelah dua tetapi jangan bagi putus. Kemudian sapukan mentega / planta dan terus tekap di atas kuali.
6. Cairkan mentega di atas pan dan tuangkan inti.
7. Letakkan mayonis dan sos cili. Boleh letakkan timun atau salad.
Sumber : Chinta Eyja