Masakan Western Lasagne ini, kalau ikut resipi asal memang susah. Pelbagai bahan, dan banyak lapisan yang kena sediakan. Tetapi, tidak pada resipi kali ini dimana seorang pengguna Facebook kongsikan cara membuat Roti Keju Bakar Ala Lagasne dengan menggunakan 5 bahan sahaja. Jom cuba!
Terima kasih Fairuz Abu Hassan untuk perkongsian resipi Roti Keju Bakar ini 🙂
Bahan-bahan:
Roti (kuantiti bergantung kepada anda)
Daging burger ayam (nak guna daging lembu pun boleh, ikut citarasa)
Keju keping (apa-apa jenama pun boleh)
Bawang putih 6 ulas (ditumbuk halus)
Tomato puri ½ tin (saiz kecil)
Cara membuat:
1. Goreng dulu daging burger sampai sedikit garing, ketepikan.
2. Guna minyak lebihan goreng untuk menumis bahan untuk topping.
3. Tumis bawang putih yang ditumbuk (kalau suka boleh tumbuk sekali dengan sedikit lada hitam).
4. Tumis sampai garing dan masukkan tomato puri. Kacau sebati dan masukkan keju keping (ikut anda nak letak banyak ke sikit).
5. Tambah sedikit air, perasakan dengan garam dan apa-apa perasa yang anda suka. Nak letak oregano pun boleh, tak letak pun boleh.
6. Susun roti dalam bekas, lapisan bawah carik-carik kan kecik-kecik.
7. Tabur daging burger yang digoreng tadi dan letakkan kuah tomato tu. Kemudian, letak keju.
8. Ulangi proses yang sama sampai atas.
9. Bakar roti dengan suhu 180° selama 20 minit.
Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉
Kredit resipi dan gambar: Fairuz Abu Hassan (Facebook)
Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.com/