Kebiasaanya, masakan roti telur ini sangat senang. Dan sangat sesuai untuk sarapan pagi, lebih-lebih lagi untuk anak anak di rumah. Tetapi, jarang di buat orang untuk dicampurkan sekali bersama susu. Untuk di cicah, ia. Untuk di goreng sekali tidak. Terfikir rasa nya bagaimana? Apa kata kita cuba buat.
Terima kasih Bahiah Saripuddin untuk perkongsian resipi Roti Telur Berhantu ini 🙂
Bahan-bahan:
6 keping Roti
2 biji Telur
Susu
Cara penyediaan:
1. Potong roti kepada empat bahagian. Tak nak potong pun boleh.
2. Pecahkan telur dan masukkan dua sudu susu pekat. Kacau bagi ianya sebati.
3. Kemudian, celupkan roti. Pastikan kedua-dua belah di salut dengan telur.
4. Selepas itu, goreng roti dengan tanpa minyak atau kurang minyak, sebab kalau minyak banyak ia meresap.
5. Apabila sudah sedikit garing, boleh angkat roti.
Siap! Senang je kan? Anda jangan lupa untuk try masak di rumah, okay! 😉
Kredit resipi dan gambar: Bahiah Saripuddin (Facebook)
Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.com/