Jika tiada selera berbuka dengan nasi, cuba resipi roti wrap gardenia ala Chicken Foldover McDonalds ni. Mudah nak buat dan boleh pelbagaikan inti mengikut citarasa. Nak siapkan satu biji, tak sampai 10 minit diperlukan.
Bahan :
Daging Burger (ayam atau daging yang lagi tebal lagi sedap) saya pakai ayam dan daging brand Ramly
Roti wraps gardenia
Fresh Salad
Sedikit bawang besar di potong dadu
Sedikit tomato dipotong dadu / hiris
Cili api (bagi yang suka pedas)
Sos cili
Sos keju
Mayonis
Cara :
1. Bakar daging burger hingga masak. Bakar di kuali tidak melekat dan tidak perlu guna minyak atau marjerin.
2. Sediakan roti wraps dan letakkan salad. (roti wraps tak perlu dibakar. Boleh dihidang terus).
3. Setelah daging masak, potong kecil-kecil supaya senang untuk dibalut nanti. (rujuk gambar).
4. Letakkan sos kegemaran seperti sos cili, mayonis dan sos keju. Letakkan daging yang dipotong kecil dan letakkan sos.
Sumber : Mohd Afis