Sekarang musim cuti sekolah mesti banyak aktiviti-aktiviti bersama anak. Boleh juga cuba buat Sagu Gula Melaka, penuh dengan rasa lemak santan dan manisnya. Memang puas hati sekali suap.
Belum cuba belum tahu.
Jom try
Terima kasih Wan N Wan M untuk perkongsian resipi Sagu Gula Melaka ini 🙂
Bahan- bahan:
Bahan (Agar-Agar):
1 paket serbuk agar-agar (10g)
250 g gula castor atau gula halus
1.5 liter air
1 sudu kecil perisa rose
1 sudu kecil pewarna merah
Cara membuat (Agar-Agar):
- Mula-mula, letak serbuk agar-agar dan gula kastor dalam periuk.
- Kemudian, kacau sebati dan masukkan air 1.5 liter. Masak sampai air mendidih.
- Tutup api dan boleh tuang bancuhan dalam apa-apa bekas. Nak letak dalam acuan apa pun boleh.
Bahan (Santan Gula Melaka):
1 paket santan sawit khalis (1kg)
1 liter air masak
1 sudu kecil garam
5 ketul gula melaka comel
Bahan (Sagu):
Air setengah periuk
Sagu paket kecil (Lebih kurang 100g)
Cara membuat:
- Mula-mula, masukkan gula melaka atau kerek atau kabung. Boleh guna gula melaka yang comel ni. Untuk 1 liter santan ditambah 1 liter air ni dan boleh guna 5 ketul gula melaka kecil ni. Untuk rasanya, hanya nice tak manis sangat sebab agar-agar sudah manis. Jangan lupa masukkan garam 1 sudu kecil.
- Pastikan guna air masak ya untuk masukkan dalam santan ni. Sebab bukan nak masak sampai mendidih betul. Nanti jadi berketul-ketul pulak santannya. Jika gula semua sudah larut dan sudah nampak buih-buih halus ini, boleh tutup api. Sejukkan.
- Sementara tunggu santan sejuk, kita masak sagu pula. Panaskan air separuh periuk sampai mendidih dulu.
- Bila sudah nampak mendidih, masukkan sagu sepaket kecil ni. Kacau-kacau dulu sampailah nampak macam putih-putih sagu sudah tinggal sikit, tutup api dan tutup periuk. Biarkan 10 minit.
- Ini selepas biarkan 10 minit. Sagu akan bertukar dan kelihatan jernih.
- Seterusnya, tuang sagu yang dalam periuk dan masukkan ke dalam penapis ni. Basuh sampai hilang kanji dia.
- Boleh masukkan agar-agar dan sagu.
- Akhir sekali, masukkan santan tadi.
Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉
Kredit resipi dan gambar: Wan N Wan M(Facebook)
Berganda jadi mudah kerja nak siap guna ni. Boleh tengok sini: https://shope.ee/7UqO2Ght7C
Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://www.icookasia.shop/
Layari dan Subscribe Channel YouTube iCookAsia untuk pelbagai resepi yang menarik – https://www.youtube.com/c/iCookAsiaChannel/videos