fbpx

Sambal Belacan Cili Kering. Rindu Air Tangan Mak Dulu-Dulu. Sedap Makan Dengan Sayur Lemak Putih

iCookAsia

Pernah makan sambal belacan cili kering? Selalunya kita gunakan cili besar atau cili padi, namun kali ini cili kering digunakan sebagai bahan utama, namun percayalah, rasanya cukup menggamit jiwa.

Menurut Murni Rahmat, inilah sambal belacan yang sering disediakan ibunya sewaktu kecil dahulu.

“Masa kecik2 dulu,mak selalu buat sambal belacan cili kering..dah berbelas tahun tak makan,harini mak minta buatkn sambal belacan macam dulu-dulu..Dulu mak buat utk kami..skrg saya buatkn utk mak pulak.. Nostalgia sungguh..Zaman kecik2 dulu kami hidup susah..Apa yg mak hidangkan smua kami makan tanpa rasa kekurangan.. Sayang mak.”

 

Bahan :

1 labu Bawang besar saiz sederhana*

1 ulas Bawang putih*

Seketul belacan*

Ikan bilis*

Cili kering*

Asam jawa / Limau

Garam & Gula

Cara :

  1. Goreng semua bahan bertanda * sehingga naik bau.
  2. Cili kering digoreng dengan api perlahan kerana mudah hangit.
  3. Tumbuk atau kisar sehingga hancur.
  4. Sesuaikan rasa masin, masam dan manis dengan garam, gula dan asam jawa atau limau.
  5. Sedap dimakan bersama nasi panas, sayur lemak putih dan ikan masin.

Kredit resipi & foto : Murni Rahmat

Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.com/

Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x