fbpx

Sambal Belacan Goreng, Bukan Sekadar Sambal Biasa

iCookAsia

Sambal belacan goreng ini, makan dengan nasi panas dan ikan goreng, ayam goreng, ikan bakar atau ayam bakar pun sedap. Pasti bertambah nasi kalau ada sambal ini.

Terima kasih Ani Zam untuk perkongsian resipi Sambal Belacan Goreng ini 🙂

Bahan-bahan:

3 biji cili besar

15 biji cili padi

3 biji tomato

3 biji bawang merah

Sedikit belacan

Garam dan gula

5 biji limau kasturi (perah ambil airnya)

Cara penyediaan:

  1. Goreng semua bahan (kecuali limau kasturi) dengan menggunakan sedikit minyak hingga layu.
  2. Kemudian kisar semua bahan yang dah digoreng tadi. Bila dah siap blend, tumis sekejap hingga pecah minyak.
  3. Perasakan dengan garam dan gula, akhir sekali perahkan air limau kasturi dan kacau seketika. Tutup api.

Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉

Kredit resipi dan gambar: Ani Zam(Facebook)

Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.com/

Layari dan Subscribe Channel YouTube iCookAsia untuk pelbagai resepi yang menarik – https://www.youtube.com/c/iCookAsiaChannel/videos

Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x