Memang susah nak tolak menu Sambal Berlado Cili Api ni, penangan dia memang lain macam. Walau pedas mencengkam tetapi tak sah kalau tak bertambah nasi.
Cara nak menyediakannya juga cukup mudah, hanya beberapa bahan sahaja diperlukan. Dan boleh tukarkan bahan utama seperti ayam, ikan atau terung mengikut selera masing-masing.
Terima kasih Norfadilah Ibrahim atas perkongsian resipi.
Bahan :
Tongkeng ayam – goreng
Cili api merah*
Cili api hijau*
Bawang merah*
Bawang putih*
Halia*
Serai – diketuk
Tomato ceri – belah 4
Cara :
- Tongkeng ayam digaul dengan garam dan kunyit. Goreng dan toskan. Ketepikan.
- Tumbuk bahan bertanda *.
- Panaskan minyak dan masukkan serai yang diketuk. Kemudian masukkan bahan tumbuk dan tumis sehingga naik bau.
- Masukkan sedikit air dan perasakan dengan garam dan perasa.
- Akhir sekali baru masukkan tongkeng ayam dan tomato ceri yang dipotong. Kacau hingga sebati dan sedia untuk dihidangkan.
Kredit resipi & foto : Norfadilah Ibrahim
Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.com/