fbpx

Sambal Ikan Bilis Nasi Lemak KAW. Kau Ada?

iCookAsia

Kita semua kena akur, bukan mudah nak masak sambal nasi lemak yang sedap kan. Kadang kala terlebih belacan, cili tak masak, asam jawa kurang. Sebenarnya gula memainkan peranan yang penting dalam membuat sambal nasi lemak yang super sedap. Dan elak letakkan halia dalam sambal.

Reneh sambal dalam jangka masa yang lama supaya sambal tahan lama dan bahan teradun sebati.

Dan jangan lupa goreng ikan bilis separuh masak untuk menaikkan lagi rasanya dalam sambal. Ada sesetengah yang kisar sedikit ikan bilis bersama bawang putih dan bawang merah dan tumis. Terpulang ikut kesesuaian anda. Tak ada pantang larangnya, lain orang lain cara.

Bahan:
4 ulas Bawang merah
2 Bawang putih
I inci Belacan
2 senduk Cili kisar
Sedikit Asam jawa
2 sk Brown sugar
Garam
Ikan bilis
Air – ikut kepekatan yg disukai

Cara:
1. Kisar bawang putih, bawang merah dan belacan.
2. Goreng ikan bilis separuh masak dan ketepikan.
3. Gunakan minyak yang sama, tumis bahan kisar.
4. Selepas naik bau dan garing, masukkan cili kisar. Masak sehingga naik minyak.
5. Masukkan ikan bilis dan kacau rata.
6. Selepas itu masukkan asam jawa dan air secukupnya.
7. Perasakan dengan garam dan gula.
8. Masak sehingga sebati.

 

Nak beli barang dapur? Jom shopping di https://shop.icookasia.com/

Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x