Teringin makan sate tapi malangnya banyak kedai tutup dan pergerakan semakin terhad. Namun tak perlu susah hati, resipi perkongsian Haryati Hamim sangat mudah dibuat. Tidak perlu dicucuk menggunakan lidi, hanya goreng di atas kuali. Kongsinya, ini merupakan resipi peninggalan arwah ibu, Hajah Naimah bt Ab Manaf. Semoga perkongsian ini bermanfaat dan pahalanya berpanjangan kepada arwah.
“Resepi Satay Arwah Mak Saya Hajah Naimah Bt Ab Manaf. Mak Saya Pernah Berniaga Satay Di Kedai Makan. Biasanya Satay Dicucuk Menggunakan Lidi. Saya Dan Adik-Beradik Saya Bantu Mak Cucuk Satay Suatu Ketika Dahulu. Tapi Yang Ni Saya Tak Guna Lidi, Saya Goreng Sahaja Satay Resepi Arwah Mak Saya. Semoga Pahala Buat Arwah Mak. Resepi Boleh Tengok Gambar Di Bawah. Al-Fatihah Untuk Arwah Mak 1.6.1951 – 4.2.2014.”
Cara :
Ayam dipotong kecil-kecil.
Masukkan bawang kecil/merah dikisar 2 sudu besar
Bawang putih dikisar 1 sudu besar
Halia dikisar 1 sudu besar
Masukkan serbuk jintan manis 1 sudu besar
Serbuk ketumbar 1 sudu besar
Serbuk kunyit ikutlah kalau nak kuning letak banyak.
Masukkan gula secukup rasa (saya suka banyakkan gula)
Garam secukup rasa.
Gorengkan guna minyak sedikit.
Taraaaaaa…siap untuk dimakan.
Sumber : Haryati Hamim