Pernah makan Bihun? Mesti sedap kan, anda mesti cuba resepi Bihun Goreng Singapore ini pua. Sekali makan mesti nak lagi. Sangat sesuai untuk dibawa bekal ataupun makan malam. Nampak simple tapi rasa sedap tau.
Jom try.
Terima kasih Shada Mohd Ekbal untuk perkongsian resepi Bihun Goreng Singapore ini 🙂
Bahan- bahan:
Bahan A:
1 bungkus bihun (rendam sampai lembut)
Udang atau boleh letak apa sahaja
1 sudu serbuk lada putih
3 biji telur
Sawi
Carrot
Bahan B (Kisar):
4 biji bawang merah atau 1 biji bawang Holland
5-6 ulas bawang putih
2 sudu besar udang kering
1 sudu besar lada hitam
Cara Membuat:
- Mula-mula, kisarkan kesemua bahan B.
- Kemudian, goreng telur dan ketepikan.
- Goreng udang separa masak dan ketepikan.
- Tambahkan pula minyak dan tumis bahan kisar sehingga perang.
- Perasakan dengan garam, sos tiram dan serbuk perasa.
- Seterusnya, masukkan bihun dan kacau rata.
- Akhir sekali. masukkan serbuk lada putih, udang atau ayam dan telur serta sayur.
Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉
Kredit resipi dan gambar: Shada Mohd Ekbal(Facebook)
Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://www.icookasia.shop/
Layari dan Subscribe Channel YouTube iCookAsia untuk pelbagai resepi yang menarik – https://www.youtube.com/c/iCookAsiaChannel/videos
Ikuti Channel Telegram kami untuk resepi, peraduan dan pelbagai aktiviti terkini yang menarik – https://t.me/icookasiacommunityJangan lupa untuk tekan pautan di bawah untuk ke semua media sosial kami https://linktr.ee/icookasia