fbpx

Sayur Pucuk Paku Masak Lemak Cili Padi. Kacau Sentiasa Supaya Santan Tidak Pecah.

iCookAsia

Dalam setiap hidangan yang kita masak, sudah pasti perlu cukupkan nutrin seperti protein dan vitamin/vat yang lain pada hidangan sampingan. Contohnya, sayur-sayuran. Ada sesetengah orang, tidak lengkap hidangan tanpa lauk sayuran. 

Jom, resepi kali ini Admin kongsikan lauk sayur yang sangat memuaskan iaitu Pucuk Paku Masak Lemak Cili Padi. Sedap sangat, kalau nak makan hanya dengan nasi putih panas-panas pun boleh. Tetapi itu mungkin pada penggemar sayur-sayuran sahaja la kan, hehe.

Terima kasih Nora Ha untuk perkongsian resipi Pucuk Paku Masak Lemak Cili Padi ini 🙂

Bahan-bahan:

1 ikat pucuk paku

1 cawan santan pekat

1 genggam ikan bilis 

3 labu bawang merah

2 ulas bawang putih

6 tangkai cili api 

1 inci kunyit hidup

Air secukupnya

Garam

Secukup rasa

Cara memasak:

  1. Bersihkan pucuk paku, ambil daun pucuk dan batang yang lembut sahaja.
  2. Cuci bersih dan toskan.
  3. Kisar atau tumbuk halus bawang merah, bawang putih, cili api, ikan bilis dan kunyit hidup.
  4. Tumis bahan tumbuk tadi hingga naik bau.
  5. Tambahkan air dan biarkan mendidih.
  6. Bila sudah mendidih, tambahkan santan dan kacau selalu supaya tidak pecah santan.
  7. Akhir sekali masukkan pucuk paku dan garam serta secukup rasa. Kacau sehingga pucuk paku cukup lembut dan tutup api.
  8. Boleh dihidangkan dengan nasi, sardin dan sambal belacan.

Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉

Kredit resipi dan gambar: Nora Ha (Facebook)

Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.com/

Layari dan Subscribe Channel YouTube iCookAsia untuk pelbagai resepi yang menarik – https://www.youtube.com/c/iCookAsiaChannel/videos

Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x