Sambal Ikan Bilis makan dengan nasi panas memang padu. Apatah lagi, ikan bilis tersebut digoreng rangup. Lagi mantap rasanya. Nampak simple sahaja hidangan ini, tapi confirm tak cukup kalau makan dengan nasi. Mesti bertambah.
Jom try.
Terima kasih Sis Norey Yusof untuk perkongsian resipi Sambal Ikan Bilis ini 🙂
Bahan- bahan:
Segenggam ikan bilis (Digoreng garing)
3 ulas bawang merah (Dimayang dan digoreng garing)
2 ulas bawang putih (Dimayang dan digoreng garing)
Garam
Gula
Cili api
Asam limau
Cara membuat:
- Mula-mula, tumbuk cili api kasar-kasar.
- Kemudian, masukkan garam dan gula.
- Seterusnya, masukkan pula ikan bilis dan bawang. Tumbuk kasar serta gaul-gaulkan.
- Akhir sekali, perah asam limau.
Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉
Kredit resipi dan gambar: Sis Norey Yusof(Facebook)
Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://www.icookasia.shop/
Layari dan Subscribe Channel YouTube iCookAsia untuk pelbagai resepi yang menarik – https://www.youtube.com/c/iCookAsiaChannel/videos
Ikuti Channel Telegram kami untuk resepi, peraduan dan pelbagai aktiviti terkini yang menarik – https://t.me/icookasiacommunity