Resepi paling sedap setiap masa. Makan banyak kali pun tak jemu. Yang penting, rasa masih padu dan menyelerakan. Makan pula dengan nasi yang masih panas, fuh selera lain macam.
Jom try.
Boleh tengok video di bawah untuk tengok dengan lebih lanjut di YouTube iCookAsia.
Bahan- bahan:
Bahan-Bahan Kisar:
2 inci Halia
4 biji Bawang Merah
2 inci Lengkuas
5 ulas Bawang Putih
2 batang Serai
1 labu Bawang Besar
20 biji cili kering (Direndam atau rebus sehingga lembut, lebihkan jika suka pedas)
Sedikit air untuk mengisar
Bahan-Bahan untuk Ayam Masak Merah:
1/2 biji bawang merah (hiris nipis untuk tumisan)
Minyak untuk menumis
1 ekor ayam (Dipotong 10)
Sedikit Garam, serbuk kunyit dan gula melaka
2-3 tangkai daun kari
3 sudu besar sos tiram
2 sudu kecil serbuk secukup rasa
1 mangkuk kecil air asam jawa
1 labu bawang besar, hiris bulat
Hirisan daun bawang dan cili merah, hiasan
Cara membuat:
- Mula-mula, kisar bahan-bahan kisar sehingga halus.
- Gaul ayam dengan garam dan serbuk kunyit. Perap selama 20 minit.
- Panaskan minyak masak. Goreng ayam sehingga separuh masak. Angkat dan ketepikan.
- Keluarkan minyak, tinggalkan anggaran 1/4 cawan.
- Tumiskan bawang besar sehingga naik bau. Masukkan daun kari dan bahan kisar.
- Gaul sebati sehingga sambal masak dan pecah minyak.
- Masukkan gula melaka, sos tiram, ayam, serbuk secukup rasa, air asam jawa dan garam.
- Kemudian, masukkan bawang besar. Bila bawang layu, tutup api.
- Hiaskan dengan daun bawang dan cili merah.
Tips:
- Mula-mula, guna bahan fresh supaya masakan lebih sedap.
- Untuk rasa masam, Che Nom guna air asam jawa. Lagi sedap daripada sos tomato.
- Tumis bawang besar supaya bau dan rasa kuah ayam masak merah lebih sedap.
- Daun kari beri aroma sangat harum pada masakan.
- Pecah minyak adalah apabila minyak terapung di tepi dan permukaan sambal. Maksudnya sambal dah masak dengan sempurna.
- Untuk rasa manis, guna gula melaka untuk lebih sedap.
- Bawang besar dipotong bulat akan beri tekstur rangup.
Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉
Kredit resipi dan gambar: iCookAsia(YouTube)
Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://www.icookasia.shop/
Layari dan Subscribe Channel YouTube iCookAsia untuk pelbagai resepi yang menarik – https://www.youtube.com/c/iCookAsiaChannel/videos
Ikuti Channel Telegram kami untuk resepi, peraduan dan pelbagai aktiviti terkini yang menarik – https://t.me/icookasiacommunity