fbpx

Sedap Juga Kalau Buat Resepi Sup Ikan Merah, Lagi Sedap Dimakan Dengan Nasi Panas

iCookAsia

Banyak hidangan yang boleh dibuat sebenarnya daripada Ikan Merah ini. Antaranya, Sup Ikan Merah. Walaupun macam jarang dibuat tapi rasanya sangat sedap dan kalau nak hirup macam itu sahaja pun best.

Jom kita try.

Terima kasih untuk Ainn Mustafar perkongsian resipi Sup Ikan Merah ini 🙂

Bahan-bahan:

Ikan merah

Bawang merah

Bawang putih

Halia (Hiris atau tumbuk)

1 sudu rempah sup

1 batang serai (titik)

Akar ketumbar

Sup bunjut

Air

Garam

Tomato

Batang celery

Daun sup atau daun ketumbar atau daun bawang

Satu sudu minyak zaitun (untuk tumis)

Asam keping atau asam limau (Optional)

Cara membuat:

  1. Mula-mula, tumis bawang merah, bawang putih, dan halia sampai kelihatan brown.
  2. Masukkan 1 sudu rempah sup dan tumis sekejap.
  3. Kemudian, masukkan serai sebatang (titik), akar ketumbar dan sup bunjut.
  4. Masukkan air.
  5. Apabila sudah reneh, masukkan ikan.
  6. Seterusnya, apabila ikan sudah hampir masak, masukkan garam secukup rasa.
  7. Masukkan tomato dan batang celery, jika sudah siap boleh taburkan daun sup atau daun ketumbar atau daun bawang mengikut kesukaan masing-masing.

Boleh tumis dengan menggunakan satu sudu minyak zaitun sahaja. Kalau suka masam boleh letak asam keping atau asam limau.

Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉

Kredit resipi dan gambar: Ainn Mustafar(Facebook)

Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://www.icookasia.shop/

Layari dan Subscribe Channel YouTube iCookAsia untuk pelbagai resepi yang menarik – https://www.youtube.com/c/iCookAsiaChannel/videos

Ikuti Channel Telegram kami untuk resepi, peraduan dan pelbagai aktiviti terkini yang menarik – https://t.me/icookasiacommunity

 

Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x