Siapa disini suka makan Mee Hailam? Dengan rasa kuah nya yang sedap dan rasa segar apabila dihirup menjadikan hidangan tersebut lagi menarik. Kalau buat sendiri, dapat makan banyak hehe.
Jom kita try.
Terima kasih untuk Ameera perkongsian resipi Mee Hailam ini 🙂
Bahan-bahan:
1 bungkus mee
2 ulas bawang putih
4 biji bawang kecil merah
2 sudu cili kering (kisar)
1 sudu besar lada sulah
Carrot
Jagung
Sawi
1 biji tomato
Udang
3 sudu besar kicap (anggaran)
2 sudu besar sos tomato
2 sudu besar sos cili
Garam
2 sudu besar tepung jagung
Cili merah besar
Cara membuat:
- Mula-mula, basuh mee bersih bersih, buangkan kapur dan minyak.
- Celurkan dengan air panas seketika, Kemudian toskan.
- Kemudian, panaskan minyak dan tumiskan bawang putih. Cincangkan.
- Tumiskan bawang kecil merah sehingga kekuningan.
- Masukkan cili kering kisar. Jika suka pedas, boleh letak lebih.
- Masukkan isi ayam dan tumis sehingga masak.
- Masukkan lada sulah dalam anggaran 1 sudu besar.
- Seterusnya, masukkan air. Jangan banyak sangat dan jangan sikit sangat. Agak agak untuk sukatan 1 bungkus mee.
- Masukkan carrot, jagung, sawi dan tomato. Masukkan udang, nak masukkan sotong atau fishcake pun boleh.
- Masukkan kicap.
- Masukkan 2 sudu besar sos tomato dan sos cili.
- Letak garam secukup rasa dan kacau sehingga menggelegak.
- Bancuhkan tepung jagung dengan sedikit air dan tuangkan ke dalam periuk.
- Akhir sekali, masukkan mee dan kacau rata dalam 1 minit sahaja. Jangan lupa masukkan cili merah besar.
Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉
Kredit resipi dan gambar: Ameera(Facebook)
Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://www.icookasia.shop/
Layari dan Subscribe Channel YouTube iCookAsia untuk pelbagai resepi yang menarik – https://www.youtube.com/c/iCookAsiaChannel/videos
Ikuti Channel Telegram kami untuk resepi, peraduan dan pelbagai aktiviti terkini yang menarik – https://t.me/icookasiacommunity