fbpx

Sedap Juga Makan Tauhu Berlauk, Buat Frozen Pun Boleh. Tinggal Gorengkan Sahaja

iCookAsia

Tauhu berlauk ni sangat sedap jika dimakan dengan sambal kicap, memang padu rasanya. Lagi sedap, kalau diselitkan dengan cili padi. Perfect bagi sesiapa yang suka makan pedas. Buat untuk makan petang pun sesuai juga.

Jom try.

Terima kasih Aisyah Humaira untuk perkongsian resipi Tauhu Berlauk ini šŸ™‚

Bahan- bahan:

Bahan Kisar:

3 keping tauhu petak biasa

3 batang tauhu telurĀ 

1 paket tauhu lembut

3 biji telurĀ 

1 ketul kiub pati ayam

Kisar semua bahan diatas hingga lumat

Bahan Sayur atau Isi:

1 mangkuk isi ayam

3 tangkai daun bawang dihirisĀ 

1 biji bawang holland potong dadu

1 biji lobak merah disagat dan hiris halus

1 paket cendawan butangĀ  dihiris nipisĀ 

2 sudu kecil serbuk lada putihĀ 

1 sudu kecil serbuk lada hitam

Gula dan garam Saji secukup rasa

Cara membuat:

  1. Mula-mula, dalam bekas besar tuangkan bahan kisar dan satukan semua sekali bahan-bahan yang berbaki serta kacau sebati.
  2. kemudian,Ā  kukus selama 15 hingga 28 minit atau hingga masak.Ā 
  3. Setelah sejuk boleh potong-potong kan kecil .
  4. Akhir sekali pecahkan sebiji telur dalam mangkuk, celup tauhu ke dalamnya dan goreng dengan api sedang hingga perang.Ā 

Resepi Sambal Kicap:

10 biji cili padi (Suka pedas boleh lebihkan)

4 biji bawang putih

Cara membuat:

  1. Goreng semua bahan sehingga layu dan kisar bersama kicap lemak manis Saji.Ā 

Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! šŸ˜‰

Kredit resipi dan gambar: Aisyah Humaira(Facebook)

Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://www.icookasia.shop/

Layari dan Subscribe Channel YouTube iCookAsia untuk pelbagai resepi yang menarik – https://www.youtube.com/c/iCookAsiaChannel/videos

Ikuti Channel Telegram kami untuk resepi, peraduan dan pelbagai aktiviti terkini yang menarik – https://t.me/icookasiacommunity

 

Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x