Siapa di sini suka makan Buttermilk Chicken? Memang sangat sedap dan rasa creamy dan cukup rasa. Bagi sesiapa yang suka makan pedas, boleh juga tambah cili padi lebih atau boleh kurangkan juga. Yang penting, tetap puas hati.
Jom try.
Terima kasih Rniza Badrul untuk perkongsian resipi Buttermilk Chicken ini 🙂
Bahan- bahan:
Isi ayam goreng dengan tepung bestari dan tepung jagung
Unsalted butter atau marjerin
Susu cair atau fresh milk
Daun kari
Bawang putih (cincang halus)
Cili padi merah
Gula,garam secukup rasa
Cara membuat:
- Mula-mula, tumis bawang putih dan daun kari.
- Letak susu,gula dan garam secukup rasa.
- Akhir sekali, baru letak cili padi kalau tidak suka pedas sangat.
Tips:
- Pakai unsalted butter untuk kurang muak, kalau pakai marjerin jangan letak banyak sangat, nanti berlemak rasa.
- Ayam jadikan double fry untuk jadi seperti itu.
- Kuah dah sejuk sikit, baru masukkan ayam dan gaul sebati jadi tepung yang salut ayam tersebut takkan kembang.
Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉
Kredit resipi dan gambar: Rniza Badrul(Facebook)
Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://www.icookasia.shop/
Layari dan Subscribe Channel YouTube iCookAsia untuk pelbagai resepi yang menarik – https://www.youtube.com/c/iCookAsiaChannel/videos
Ikuti Channel Telegram kami untuk resepi, peraduan dan pelbagai aktiviti terkini yang menarik – https://t.me/icookasiacommunity