fbpx

Sedap Juga Resepi Puding Jagung Ini, Walaupun Simple Tapi Terasa Manis Dessert Tersebut

iCookAsia

Dessert dah jadi satu keperluan selepas setiap kali makan. Kalau nak resepi yang mudah, simple dan sedap, boleh cuba Puding Jagung ini. Buat sekali, mesti nak lagi. 

Jom try.

Terima kasih Puspa Mimi untuk perkongsian resipi Puding Jagung ini 🙂

Bahan- bahan:

1 cawan tepung kastard

3/4 cawan gula

1 kotak kecil santan kotak atau 1 cawan santan fresh

1 1/2 cawan air 

1 cawan krim jagung tin

Cara membuat:

  1. Mula-mula,masukkan kesemua bahan dalam periuk.
  2. Kemudian, kacau sebati dan baru buka api.
  3. Letakkan secubit garam dan kacau api sederhana sehingga likat.
  4. Jika sudah likat, guna api paling perlahan.
  5. Kacau lagi sampai permukaan dia berkilat dan kental. Tuang dalam loyang atau bekas.
  6. Pastikan loyang disapu margerin supaya mudah untuk dikeluarkan nanti.
  7. Akhir sekali, potong ketika sejuk nanti untuk kelihatan cantik.

Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉

Kredit resipi dan gambar: Puspa Mimi(Facebook)

Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://www.icookasia.shop/

Layari dan Subscribe Channel YouTube iCookAsia untuk pelbagai resepi yang menarik – https://www.youtube.com/c/iCookAsiaChannel/videos

Ikuti Channel Telegram kami untuk resepi, peraduan dan pelbagai aktiviti terkini yang menarik – https://t.me/icookasiacommunity

 

Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x