Selalunya Ikan Sardin dalam tin, mak-mak akan masak sambal ataupun dibuat sandwich kan? Tapi korang jangan tak tahu, sardin dalam tin juga sangat enak dibuat masak lemak cili padi, letak pula kentang. Fuhhh, terliur rasanya.
Korang juga boleh tambahkan pucuk paku, pucuk ubi, rebung, bacang dan belimbing buluh sebagai penyedap rasa. Jangan lupa gandingkan dengan sambal belacan. Aduh, terus min jadi lapar.
Bahan :
1 tin Ikan Sardin
Bawang merah
Bawang putih
Kunyit
Halia
Cili Padi
Serai
Santan
Garam
Cara :
- Tumbuk bawang merah, bawang putih, kunyit, halia dan cili padi. Kemudian tumis sehingga wangi dan naik bau.
- Selepas layu, masukkan sedikit air. Kemudian masukkan satu tin ikan sardin beserta semua sos.
- Masukkan pula serai yang diketuk. Gaul rata.
- Akhir sekali baru masukkan santan. Perasakan dengan garam.
Kredit resipi & foto : Zanariah Md Apin
Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.com/