Resepi Asam Pedas ini memang sedap kalau dimakan dengan nasi panas. Apatah lagi, kalau memang teringin, memang nikmat betul. Apa kata kali ini, cuba masak Asam Pedas Ayam pula, ringkas sahaja dan paling penting, rasa nya sangat sedap.
Jom kita try.
Terima kasih untuk Shashika Alia perkongsian resipi Asam Pedas Ayam ini 🙂
Bahan-bahan:
Bahan A (Untuk Dikisar):
35 tangkai cili kering (gunting, rendam dan toskan)
7 ulas bawang merah
5 ulas bawang putih
1 inci kunyit
1 inci halia
Bahan B:
1 ekor ayam (Dipotong 8, 10 atau 12)
Sebesar saiz ibu jari belacan
1 batang serai (dititik)
50 gm daun kesum
Sekuntum bunga kantan (dibelah 5)
Air asam jawa (50 gm asam jawa + secawan air)
3 cawan air
Garam secukup rasa
Minyak untuk menumis
Cara membuat:
- Pertama sekali, panaskan minyak. Tumis bahan-bahan yang dikisar bersama serai sehingga garing.
- Masukkan ayam, bunga kantan dan daun kesum. Gaul sebati dan tutup kuali sehingga ayam agak mengecut.
- Masukkan air asam jawa dan gaul sebati.
- Kemudian, masukkan pula garam. Gaul sebati.
- Tambahkan pula air.
- Akhir sekali, tutup kuali dan tunggu sehingga ayam empuk serta mendapat kepekatan kuah asam pedas yang ideal. Kuah bagi asam pedas ayam biasanya lebih pekat berbanding asam pedas ikan.
Tips: Asam pedas ayam biasanya agak berminyak disebabkan minyak yang turun dari ayam tersebut. Oleh itu, pada yang tidak gemar, boleh buang minyak tersebut.
Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉
Kredit resipi dan gambar: Shashika Alia(Facebook)
Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://www.icookasia.shop/
Layari dan Subscribe Channel YouTube iCookAsia untuk pelbagai resepi yang menarik – https://www.youtube.com/c/iCookAsiaChannel/videos
Ikuti Channel Telegram kami untuk resepi, peraduan dan pelbagai aktiviti terkini yang menarik – https://t.me/icookasiacommunity