fbpx

Sedap Sungguh Buat Ayam Masak Kicap. Simple Tapi Sedap. Pedas Pula Tu

iCookAsia

Ayam Masak Kicap ni satu hidangan yang mudah untuk dibuat dan memang sedap rasanya. Ramai anak kecil mesti suka makan ini dengan nasi. Admin pun minat sangat makan lauk ini walaupun simple sahaja.

Jom try.

Terima kasih Yasmin Dayanti Fami untuk perkongsian resipi Ayam Kicap ini 🙂

Bahan- bahan:

Bahan A (Kisar):

4 biji bawang besar 

5 biji bawang putih 

30 cili padi burung (ikut pedas yang anda suka)

Bahan B:

Ayam (Potong sederhana kecil)

Daun Kari (optional)

Kicap Manis

1 sudu cili sos

Tepung goreng pedas bistari

Garam secukup rasa

2 sudu sos tiram

Cara membuat:

  1. Mula-mula, ayam yang sudah dicuci ditoskan dan gaul dengan tepung goreng pedas bistari.
  2. Jika sudah agak-agak rangup yang bahagian luar tu, angkat dan ketepikan.
  3. Kisarkan kesemua bahan B dan masukkan 1 cawan air seterusnya bahan-bahan yang dikisar, masukkan dalam bekas minyak masak ayam tadi.
  4. Kemudian, masak sampai naik bau dan masukkan kicap, sos dan garam. Gaul sebati dan masukkan bawang yang dihiris tebal dengan daun kari.
  5. Akhir sekali, masukkan ayam dan kacau lagi. Kalau nak warna lauk itu lagi meriah, boleh tambah lagi cili padi merah. Jika sudah puas hati, boleh diangkat.

Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉

Kredit resipi dan gambar: Yasmin Dayanti Fami(Facebook)

Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://www.icookasia.shop/

Layari dan Subscribe Channel YouTube iCookAsia untuk pelbagai resepi yang menarik – https://www.youtube.com/c/iCookAsiaChannel/videos

Ikuti Channel Telegram kami untuk resepi, peraduan dan pelbagai aktiviti terkini yang menarik – https://t.me/icookasiacommunity

 

Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x