Kalau dapat makan Tart Telur panas-panas waktu hujan mesti layan kan? Dengan rasa nya yang padat dengan inti, memang tak cukup kalau makan satu sahaja. Buat sendiri memang puas hati. Nak tahu sebab apa? Dapat makan banyak hehe.
Jom kita try.
Terima kasih untuk Wan Noor Elleyana perkongsian resipi Tart Telur Mini ini 🙂
Bahan-bahan:
Bahan A (Untuk Shell):
1 cawan butter atau marjerin
 50g gula icing
 1 biji telur gred C
 1 sudu kecil esen vanila
 Tepung gandum (anggar sahaja dan uli sampai jadi doh)
Cara membuat:
- Mula-mula, ambil doh sikit dan tekan-tekan menggunakan ibu jari pada acuan tart tersebut.
- Kemudian, masukkan filling kastard telur tersebut.
Bahan B (Kastard Telur):
3/4 cawan gula atau bersamaan tidak sampai 1 cawan,hampir sahaja
 4 biji telur A
 1 sudu besar tepung kastard
 1/2 sudu kecil esen vanilla
 Pewarna kuning (Optional)
Cara membuat:
- Kacau semua bahan sehingga sebati.
- Kemudian, tapis bancuhan kastard dalam jug.
- Tuangkan kastard dalam shell tadi.
- Bakar lagi dalam 20 hingga 25 minit pada suhu 170 dengan menggunakan api atas bawah. Bergantung pada oven masing-masing.
Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉
Kredit resipi dan gambar: Wan Noor Elleyana(Facebook)
Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://www.icookasia.shop/
Layari dan Subscribe Channel YouTube iCookAsia untuk pelbagai resepi yang menarik – https://www.youtube.com/c/iCookAsiaChannel/videos
Ikuti Channel Telegram kami untuk resepi, peraduan dan pelbagai aktiviti terkini yang menarik – https://t.me/icookasiacommunity