fbpx

Sedapnya Kek Marble, Cair Di Mulut. Resipi Wajib Cuba.

iCookAsia

Tergoda melihatkan gambar Kek Marble yang dikongsikan Celyn Rashid. Resipi asal daripada Azlina Ina ini cukup gebu dan cair di mulut setiap kali dimakan.

 

Bahan :

6 biji Telur

2 cawan Tepung gandum + 1 sk Baking powder – ayak @ 2 cawan Tepung naik sendiri

1/4 cawan Susu segar

1 sk Esen vanila

1 sb Ovalate

1 cawan Gula castor

150 gm Majerin @ butter – dicairkan

3 sb Susu pekat

Pewarna kesukaan

 

Cara :

  1. Campurkan kesemua bahan di atas kecuali marjerin dan pewarna. Pukul sehingga kembang.
  2. Kemudian baru masukkan marjerin yang dicairkan. Kacau sebati menggunakan spatula sahaja.
  3. Kemudian bahagikan kepada tiga warna.
  4. Tompokkan dengan senduk dan lorekkan bahagian atas dengan lidi.
  5. Bakar pada suhu 150c selama 60 minit menggunakan api atas bawah.

Kredit resipi & foto : Celyn Rashid

Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.com/

TAGGED:
Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x