fbpx

Sedapnya Pekena Bakso Asli Indonesia. Sedap Meletup, Merecik Sampai Berdesing Telinga.

iCookAsia

Kalau pekena bakso petang-petang macam ni, memang layan sangat kan? Nak buat pun senang, semua bahan mudah didapati. Apa yang penting, sambalnya kenalah kaw pedas, barulah puas makan.

 

Bahan Bakso :

500 gram daging lembu giling

1 sdk baking powder

2 sdk garam

90ml air sejuk (air peti)

1 biji putih telur

5 sdb tepung ubi

2 ulas bawang putih ditumbuk

 

Cara :

1. Siapkan mangkuk besar dan masukkan tepung ubi dan baking powder.

2. Kemudian kisar daging giling bersama dengan sedikit air.

3. Selepas itu, ulikan daging kisar tadi bersama bawang putih , putih telur , serbuk lada putih dan garam. Uli sampai sebati.

4. Selepas siap, campurkan dengan tepung ubi tadi dan uli sebati.

5. Simpan di dalam bekas dan tutup bekas dengan plastik. Masukkan dalam peti ais selama 30 minit.

6. Apabila sudah sejuk sedikit, ambik dan bentukkan bulat dan rebus seketika.

7. Jika bakso terapung, maknanya sudah masak.

 

Bahan Kuah Bakso :

6 ulas Bawang Putih

1/2 sdk serbuk lada putih

3sdb garam

2 liter air

2 batang daun bawang

500 grm Tulang Daging lembu

 

Cara :

1. Rebus air sehingga mendidih dan masukkan tulang lembu dan masak dalam 30 minit.

2. Selepas itu, masukkan bawang putih yang sudah ditumbuk, daung bawang, garam dan serbuk lada putih.

 

Bahan Sambal Bakso :

1. Kisar sepekat cili padi, cili kering dan dua ulas bawang putih.

2. Rebus bahan kisar tadi dan masukkan garam dan gula secukup rasa. Tunggu sehingga mendidih dan siap sambal sedap meletup pedas berdesing telinga.

Sumber : Indri Alvirra Alvisya

 

TAGGED:
Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x