fbpx

Sejuk Tekak Makan Puding Santan Ni. Buat Warna Bendera Malaysia Baru Bertambah Semangat Nak Buat!

iCookAsia

Walaupun Hari Kebangsaan sudah berlalu, semangat patriotik itu perlu sentiasa disemat dalam diri kita. Seperti seorang pengguna Facebook ini, sampai ke hidangan pencuci mulut ada semangat patriotik tau, hehe. 

Beliau buat Puding Santan sebagai penyejuk tekak pada musim yang tidak tentu, sekejap sejuk, sekejap panas. Yang penting, resepi ni simple dan sedap!

Terima kasih Zura Zul untuk perkongsian resipi Puding Santan ini 🙂

Bahan-bahan:

20g agar-agar tali

6 cawan air

3/4 cawan gula (nak manis lagi, boleh tambah)

3 helai daun pandan (disimpul)

1 kotak santan 200ml (boleh kalau nak letak 2 kotak santan, air yang atas jadi 5 cawan)

Sedikit garam

Pewarna ikut suka

Cara membuat:

  1. Seperti biasa masak agar-agar dengan air hingga larut agar-agar itu. Kacau-kacau. 
  2. Masuk gula dan daun pandan. Kacau lagi bagi gula larut.
  3. Masuk santan, kemudian sedikit garam. Kacau lagi sambil masak hingga mendidih dan boleh tutup api.
  4. Bahagikan kepada beberapa bekas ikut suka dan warnakan. Guna loyang bulat 7 inci dan basahkan dengan sedikit air.
  5. Tuang untuk lapisan 1 dan biarkan sederhana beku. Jangan tunggu beku sangat sebab kalau kita guna garpu sekalipun untuk cakar-cakar pada puding, kadang tu sukar untuk dia betul-betul melekat.
  6. Tuang lapisan seterusnya dengan cara yang sama. Pastikan tuang pada setiap lapis perlahan-lahan. Bimbang lapis bawah akan bocor.
  7. Bekukan/sejukkan di luar dan baru masuk peti.

*Cara nak keluarkan puding dari loyang: ambil 3-4 lidi pencungkil dan selit pada tepi-tepi puding. Terbalikkan perlahan-lahan pada atas alas yang rata

Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉

Kredit resipi dan gambar: Zura Zul (Facebook)

Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.com/

Layari dan Subscribe Channel YouTube iCookAsia untuk pelbagai resepi yang menarik – https://www.youtube.com/c/iCookAsiaChannel/videos

Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x