Nampak simple tapi rasa kek ini memang boleh buat anda nak makan lagi. Selalu beli kan, kali ini boleh buat sendiri sahaja. Hanya perlu ikut sahaja resepi ini. Mesti anda suka resepi yang dikongsikan oleh wanita ini hasil perkongsian dari Azlina Ina.
Jom try.
Terima kasih Hazila Baharudin untuk perkongsian resipi Kek Carrot ini 🙂
Bahan- bahan:
3 biji telur gred A
1 1/2 cawan gula perang
1/2 cawan minyak masak
2 cawan tepung gandum
1 biji setengah lobak saiz sederhana (Diparut)
1 sudu kecil soda bikarbonat
1 sudu kecil baking powder
1 sudu kecil esen vanila
Cara membuat:
- Mula-mula, kisarkan sahaja telur, gula perang dan minyak masak sampai sebati dan kental.
- Kemudian, pindahkan dalam mangkuk besar dan masukkan 2 cawan tepung gandum, baking powder, soda bikarbonat. Adunkan dan kaup balik.
- Tambahkan sedikit esen vanila.
- Masukkan parutan lobak tadi dan adun secara lemah lembut.Â
- Akhir sekali, bakar pada suhu 160°c selama 40 minit api atas bawah dengan menggunakan loyang 8×8.
Bahan Untuk Cream cheese:
250g tatura
Susu pekat (Ikut suka nak manis atau tidak)
1 sudu besar butter
Cara membuat:
- Pertama sekali, adunkan cream cheese dengan susu pekat dan butter sampai sebati dan kembang.Â
- Kemudian, bolehkan sapu atas kek. Boleh dihidangkan.
Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉
Kredit resipi dan gambar: Hazila Baharudin(Facebook)
Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://www.icookasia.shop/
Layari dan Subscribe Channel YouTube iCookAsia untuk pelbagai resepi yang menarik – https://www.youtube.com/c/iCookAsiaChannel/videos
Ikuti Channel Telegram kami untuk resepi, peraduan dan pelbagai aktiviti terkini yang menarik – https://t.me/icookasiacommunity